Skip to main content

by Dr Ridzwan Bakar

Ramadan Bicara #6 Tips 10 Akhir Ramadan


 
Allahu akbar Wallillahilhamdu
Alhamdulilah kini kita telah melangkah ke Hari ke 20 Ramadan. Ketika tarawikh di masjid, saya perhatikan bilangan jamaah kian merosot. Fenomena biasa di Malaysia dan Indonesia. Bila teringatkan Mekah, waktu inilah manusia berpusu-pusu membanjiri Mekah- 10 akhir Ramadan. Namun kita bukan berpijak di bumi Mekah. Kita berada dipersekitaran masyarakat kita yang sama-sama leka dengan akhirat. Olimpik London pula mungkin menjejaskan rentak amal kita. Hakikatnya, masa berlalu pantas.

Dalam kepantasan itu, hati kita masih leka dan kita masih lalai memburu kehidupan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Syurga yang ALLAH janjikan buat kita tidak dapat benar-benar kita rasai kecuali insan yang mahu berfikir akan keHEBATan ALLAH.
Adakah anda perasan, di setiap pertengahan dan akhir 10 Ramadan suasana malam agak berlainan? Cuba anda bangun sebelum sahur dan luangkan masa menjengok di luar tingkap rumah. Anginnya dingin, bertiup tenang dan kedamaian hati kian terasa. Mungkin itulah sebutir dari butiran-butiran manik Syurga untuk kita rasai di mukabumi ini. Tentu Syurga ALLAH lebih-lebih tenang, damai dan dingin. Ketenangan ini lebih dirasai oleh insan-insan yang bangun bertahajud, memohon keampunan ALLAH dan menangis memikirkan kelalaian diri.
 
Di dalam beberapa jemputan tazkirah Ramadan di MAsjid dan institusi, saya menekankan akan kepentingan kita segera berlumba-lumba memohon maghfirah ALLAH. Entri terdahulu saya petik satu ayat Qur’an mengenai diri kita yang perlu SEGERA mencari maghfirah ALLAH. Ianya perlu dilakukan SEGERA kerana sikap bertangguh hanya merugikan diri. Ayat tersebut juga menekankan supaya kita bersegera mencari Syurga ALLAH yang seluas langit dan bumi itu, keluasan yang tidak mampu akal manusia fikirkan. Dan Ramadan menjanjikan maghfirah dan Jannah iaitu keampunan, rahmat dan syurga.
Mengapa SEGERA? Ya sudah tentu tiada siapa mampu menjanjikan bahawa esok kita bisa berbicara, melangkah ke masjid, menatap wajah orang tersayang atau bersedekah dengan harta yang kita ada. Tren ramadan akan bergerak lagi dan kita tidak mahu tertinggal atau hanya menjadi penumpang kelas ketiga yang banyak menghabiskan masa dengan tidur dan menonton tv.
Bila keampunan telah kita mohon, maka rahmat dan kasih sayang ALLAH semakin bertambah buat hambaNYA dan sudah tentu syurga ALLAH mampu kita miliki.

Saya menasihati diri saya supaya segera mencari keampunan dan syurga ALLAH ini. Lantaran, Fasa seterusnya (10 akhir Ramadan), tip berikut boleh kita lakukan:-

1. Kita perlu tidur awal supaya dapat bangun jam 3.30pagi atau 4 pagi.
2. Jika bekerja, ambil cuti akhir 10 Ramadan. Atau jika bos okay, bincang dengan bos untuk masuk pejabat lewat sikit contohnya jam 10 pagi dan ganti kembali masa yang telah diambil.
3. Ambil sedikit waktu siang untuk tidur sebentar.
4. Kurangkan aktiviti malam dan menonton tv.
5. Usahakan solat Tarawikh 20 rakaat.
6. Bersama menghadiri program qiyamulail di masjid-masjid.
7. Banyakkan sujud syukur.
8. Bersedekah di siang hari.

Ya ALLAH berikanlah kami kekuatan sebagaimana yang KAU berikan kepada teman-teman kami, muslimin dan muslimat yang kini berada di Mekah dan Madinah untuk menghidupkan qiyamu Ramadan. Ampunilah dosa kami dan rahmatilah kami. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Jika Keluar dari Mulut Depa [be end], lihat Lah

ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...

TQ Daun Keladi

Berita Tertunda: Ingatan dari Staf; semperna, 9 Oktober 2014. TQ SM