Setelah dua Minggu melupakan ofis kerana bercuti menyambut Aidul Fitri. Pagi ni kembali ke ofis, tetapi masih ramai staf yang masih bercuti untuk mengurus hal anak masing-masing yang mula bersekolah setelah se minggu cuti .
Dengan perjalanan yang lama, akhirnya sampai juga ke Putrajaya walaupun hampir menjelang subuh tadi. Bertolah dari TRM hampir jan 1.00 ptg, 21 Ogos, dengan kesesakan yang teruk mulai dari gurun kerana kerosakan lori di laluan hampir Sungai Petani, selesai kesesakan disitu, bersambung dengan kesesakan lagi akibat dari kemalangan di lokasi sebelum exit BERTAM. Selepas Bertam, perjalanan tidak selancar semasa balik ke Kampong tempoh hari. Sampai ke Putrajaya menjelang Jam 2.00 pagi
Apabila terbenamnya Matahari sebentar tadi, 18 Ogos 2012, maka berakhirlah Ramadhan dan menjelangnya Syawal, Apakah kesan dari amalan sepanjang Ramadhan 1433 telah mengubah diri Muslim itu menjadi muslim yang lebih baik.
Semalam 17 Ogos 2012 bersamaan 29 Ramadhan 1433H, Solat tarawith yang terakhir bagi tahun 1433 H. Solat selesai hampir jam 11.30 malam kerana Imam akan menyelesaikan baki dari 30 juzzu AlQuran yang di baca sepanjang Solat Tarawith sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Oleh kerana masih berbaki 2 juzzu, Imam telah menghabiskan baki 2 juzzu berkenaan. Alhamdulillah walaupun tempoh solat tarawith begitu panjang dengan mengambil masa hampit 2 jam setengah. masih ramai jamaah sanggup menghabiskan solat tersebut.
Bertolak dari Putrajaya Jam 12.30 thari, trafik sungguh selesa sepanjang perjalanan hinga samapi ke Alor Setar, Pukul 4.30 ptg dah sampai di R & R Gurun untuk bersolat di sana. Perjalanan yang sungguh selesa dan mudah walaupun di pertengahan perjalanan hujan telah turun.
Ramadan Bicara #6 Tips 10 Akhir Ramadan Allahu akbar Wallillahilhamdu Alhamdulilah kini kita telah melangkah ke Hari ke 20 Ramadan. Ketika tarawikh di masjid, saya perhatikan bilangan jamaah kian merosot. Fenomena biasa di Malaysia dan Indonesia. Bila teringatkan Mekah, waktu inilah manusia berpusu-pusu membanjiri Mekah- 10 akhir Ramadan. Namun kita bukan berpijak di bumi Mekah. Kita berada dipersekitaran masyarakat kita yang sama-sama leka dengan akhirat. Olimpik London pula mungkin menjejaskan rentak amal kita. Hakikatnya, masa berlalu pantas. Dalam kepantasan itu, hati kita masih leka dan kita masih lalai memburu kehidupan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Syurga yang ALLAH janjikan buat kita tidak dapat benar-benar kita rasai kecuali insan yang mahu berfikir akan keHEBATan ALLAH. Adakah anda perasan, di setiap pertengahan dan akhir 10 Ramadan suasana malam agak berlainan? Cuba anda bangun sebelum sahur dan luangkan masa menjengok di luar tingk
Ujian di Bulan Ramadhan, Tayar kereta pula pancet dipagi hari. Alhamdulillah dengan bantuan dua staf yang bermurah hati untuk membantu, Tayar yang pancet telah ditukar dengan tayar spare untuk bergerak ke kedai tayar di presint 16 untuk tujuan penampongan jika boleh. Jazakallah kepada 2 staf berkenaan. up-date: Selepas majlis Tazkirah, telah ke bengkel untuk buat penampongan Tayar yang tertikam paku, dan urusan penampongan di selesaikan dalam tempoh 10 minit sahaja dengan kos RM6.00. Alhamdulillah kembali seperti sediakala.
Sejak pemeriksaan terhadap rumah CSRU bersama pegawai dari BPH dan JKR pada 27 Jun 2012. Kemajuan kerja hingga semalam, gambar dapat mencerita kan kedudukan sebenar. Inilah hasil kerja kontraktor melayu yang diberi kerja pembaikan oleh JKR pada 6 Julai 2012.
Meronda ke Seri Kembangan baru hingga Seri kembangan lama untuk membeli keperluan Kitchen hasilnya adalah seperti berikut. Peti sejuk yang sesuai, harga pun >RM1,000 juga