Jika kita singgah bersolat di R & R di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, kita akan melihat situasi Surau atau Musolla yang disediakan pemandangan yang sebegini. Budaya orang melayu yang akan bersolat di ruang belakang Surau walaupun di ruang depan masih kosong. Ibadah solat yang merupakan amalan yang wajib dan utama dalam Islam masih memilih untuk ke belakang, bagaimana pula perkara-perkara lain. Jadi ini mungkin menjadikan orang melayu di terkebelakang dalam banyak hal terutama dalam perkara yang menguntungkan. Sejadah dan Solat juga tidak dapat di pisahkan, jika hendak bersolat mesti mencari sejadah tetapi setelah selesai solat, sejadah akan di tinggalkan tanpa di kemaskan dan disimpan tempat yang sepatutnya.
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...


Comments