Meeting hanya dapat bermula menjelang 12.40 ptg setelah menunggu sejak jam 11.45 pagi. Oleh kerana Meeting di pengerusikan oleh TM kepada MPM, Parlimen pula sedang bersidang. Maka meeting terpaksa diadakan di Bangunan Parlimen, Bilik Persidangan 2. Nampaknya dah menjadi budaya Meeting kepada sektor awam. Urusetia tidak dapat menyediakan maklum balas yang terkini, Ahli mesyuarat juga tidak membuat persediaan yang sepatutnya ini meyebabkan maklumat yang terkini dan tepat tidak dapat di bentang kepada Pengerusi. Maklumat yang terkini dan tepat akan memudahkan keputusan dapat dibuat dengan segera dan dapat dilaksanakan dengan mudah dan segera.
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...
Comments