Alia Airport, Amman Jordan
Hari terakhir di Mekah (hari Isnin), Jadual Penerbangan balik telah ditukar - jam 7.00 pg waktu Arab Saudi. Bertolak dari hotel di Mekah ke jeddah airport 12.00 pg (Terminal Haji, Jeddah) bersolat Suboh di terminal. Penerbangan dari Jeddah ke Amman mengambil masa 2 jam, sampai di Amman jam 9.15 pg dan terus ke Hotel Golden Tulip, Amman untuk transit kerana flight ke KL akan betolak jam 5.35 pagi 22 Mei 2012. Jam 2.30 pg bertolak ke Airport untuk menaiki flight, bersolat suboh di Alia Airport, jordan. Menaiki flight dan bertolak jam 5.35 pg dengan penerbangan terus ke KLIA selama 8 jam dan mendarat di KLIA jam 8.15 mlm berlaku kelewatan selama 45 minit kerana kesesakan trafik untuk mendarat. 1 Tong Air Zam-Zam tidak dapat di kesan di tempat bagasi, dan laporan telah dibuat kepada Pihak Lapngan Terbang
Comments