Skip to main content

Dari Blog : Sedaka Sejahtera

Tun M Makin Terdesak Dengan Kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Dzaiddin Abdullah.. Apa Tindakan Bakal Diambil Oleh Tun M Seterusnya???

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi.

[Kenyataan ini dari Mulut PM malaysia yang paling lama memerintah: Apa komen anda]

Comments

Popular posts from this blog

Jika Keluar dari Mulut Depa [be end], lihat Lah

ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu. Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini. Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya. ``Kita jangan tutup pintu k...

TQ Daun Keladi

Berita Tertunda: Ingatan dari Staf; semperna, 9 Oktober 2014. TQ SM