Jamil Khir -




Jamil Khir - Renovation Rumah
Sesuatu yang pelik tentang mentaliti pembangkang di Malaysia ini adalah, mereka gemar membuat dakwaan terpilih, contohnya dalam bab rumah, rumah menteri UMNO digambarkan besar dan mewah, tapi pemimpin mereka dengan rumah yang lebih mewah tidak pulak berbangkit…Ambil saja kisah rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, banglo itu dibeli dan diubahsuai masa beliau bebas dari penjara tahun 2004 dengan harga RM7 juta, siap kolam renang dalam rumah.Hiasan dalaman belum tahu lagi berapa…namun puak pembangkang relaks buat buta dan pekak.Isu rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ini bukan baru, ianya heboh bila ada pemimpin PKR yang buat bising dan ada yang jadi ‘pengendap’ pergi ambil gambar ‘curi-curi’ semasa rumah yang terletak di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu diubahsuai.Kawasan tersebut memang terkenal sebagai kawasan rizab Melayu, sejak dulu ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan beli tanah lot untuk buat rumah, samada banglo atau Semi-D.Ini kerana tanah rizab Melayu biasanya harga lebih murah sebab bangsa lain tidak boleh beli, jadi kalau kita berkereta di kawasan Kampung Batu Muda dan yang berhampiran dengannya, kita akan lihat deretan rumah-rumah banglo atau Semi-D macam-macam bentuk. Bagi Jamil Khir tuduhan pembangkang berkenaan rumah beliau itu amat mendukacitakan dan lebih kepada ‘pembunuhan karakter’. “Tentang rumah ini, saya perlu jelaskan juga, sebab kalau (pembangkang) ada bukti ada bukti, sila tunjukkan, duit rasuah mana yang saya guna..,” katanya.Tuduhan liar pembangkang ini mudah difahami adalah untuk menjatuhkan kredibiliti dan intergriti pemimpin-pemimpin UMNO saja. Bukan saja Jamil Khir banyak lagi yang menjadi mangsa fitnah sebegini.
Dalam kes Jamil Khir, faktanya; beliau membeli rumah itu dari lelongan bank pada tahun 1994 semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera dan berpangkat Mejar.
Kedua, rumah banglo tersebut dibeli dengan harga RM110,000,00 selepas tidak ada pembida lain dan sehingga kini beliau masih membayar pinjaman perumahan kerajaan yang diambilnya.
“Saya beli masa Mejar (1994), saya berhenti tentera Mejar Jeneral, dia bukan dari Mejar terus naik pangkat Mejar Jeneral dari Mejar naik jadi Leftenan Kolonel, kemudian Kolonel, kemudian Brigadier Jeneral kemudian baru Mejar Jeneral, banyak tahun melalui proses…,” katanya.Sebelum ini ada ‘orang PKR’ yang persoalkan macam mana beliau dalam masa tiga tahun jadi menteri boleh duduk rumah sebesar itu.Bukan saja persoalkan bahkan ‘jaja’ dalam blog-blog pro pembangkang untuk bina persepsi negatif terhadap Jamil Khir.
Menurutnya, beliau buat renovation (penggubahsuaian) rumah setiap hari, dari hari pertama beli lagi.
“Beli rumah tidak siap memanglah begitu, dan saya ni jenis yang tak suka berhutang, jadi ada duit sikit, buat sikit, ada dua orang Indonesia yang saya upah untuk buat rumah itu.
“Tapi cara saya begini, mereka buat tambahan, tak ganggu rumah yang asal, siap baru ketuk dinding, jadi tak messylah.
“Tambah-tambah, siap baru tebuk dinding. Tidak menganggu saya dan keluarga.
“Itu rezeki tuhan bagi. Saya beli murah, orang lain beli rumah harga awal saja RM300 ribu, saya bayar pinjaman perumahan kerajaan sebulan RM600 ringgit sahaja. Sampai sekarang,” katanya.Rumah tersebut diduduki 12 orang, selain beliau dan isteri ada juga ibu dan bapanya yang sakit, anak-anak, saudara dan orang gaji.
“Bila saja jadi Menteri, bulan tiga tahun lepas, ayah saya kena strok sebelah, mak saya pulak kena serangan darah tinggi, terus koma.
“Bawa ke hospital, duduk lama juga, doktor kata tak boleh buat apa dah, saya bincang dengan ayah, bawa emak dan ayah saya ke rumah saya, tinggal dengan saya.
“Jadi orang sakit, penjagaan kena rapi, sebagai anak saya bagi bilik saya, bilik bawah, yang besar sedikit untuk mereka, bilik-bilik lain di atas.
Masa tak ada bilik itulah saya tambah bilik atas itu, (gambar yang dijaja dalam blog-blog pembangkang) tak kan lah menteri nak tidur di kaki lima kot.“Saya redhalah jika sebab saya pelihara orang tua, saya diuji begini…” jelasnya.Gambar-gambar yang dicanang dalam blog-blog pembangkang itu adalah semasa renovation tambah bilik, dan bahagian atas buat surau. “Senang kami keluarga nak berjemaah dan juga kemudahan untuk tetamu yang datang….Sejarah saya buat rumah dari tahun 1994 tidak diceritakan, tiba-tiba kata saya sejak jadi menteri buat rumah besar,” katanya.-13/1/2012 - OLEH HELME HANAFI, Agendadaily
Apa kata Anda?

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN