Jamil Khir - Renovation Rumah Sesuatu yang pelik tentang mentaliti pembangkang di Malaysia ini adalah, mereka gemar membuat dakwaan terpilih, contohnya dalam bab rumah, rumah menteri UMNO digambarkan besar dan mewah, tapi pemimpin mereka dengan rumah yang lebih mewah tidak pulak berbangkit…Ambil saja kisah rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, banglo itu dibeli dan diubahsuai masa beliau bebas dari penjara tahun 2004 dengan harga RM7 juta, siap kolam renang dalam rumah.Hiasan dalaman belum tahu lagi berapa…namun puak pembangkang relaks buat buta dan pekak.Isu rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ini bukan baru, ianya heboh bila ada pemimpin PKR yang buat bising dan ada yang jadi ‘pengendap’ pergi ambil gambar ‘curi-curi’ semasa rumah yang terletak di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu diubahsuai.Kawasan tersebut memang terkenal sebagai kawasan rizab Melayu, sejak dulu ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan bel