Majlis Cabutan Undi Projek Rumah 1 Malaysia [PRIMA] telah disempurnakan oleh YAB PM Malaysia. Majlis diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrayraya. Sebagai tanda keperihanan Kerajaan Barisan Nasional? Silap tu, Kerajaan Malaysia kerajaan duit tu duit kerajaan hasil dari Cukai rakyat bukan harta meredak BN], telah dijamu dengan nasi lemak bungkus dan minuman, semua yang hadir boleh mengambil makanan yang disediakan tanpa had. Betapa perihatin nya kerajaan dan Mewahnya negara Malaysia
Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.
TARANNUM AL-QURAN 1. PENGENALAN Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonatian, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik. Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama ialah: Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama: alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelo...
Comments