Mesyuarat Post Kabinet
Hari ini merupakan hari paling sebok dengan menyiapkan segara keperluan dan peralatan untuk dibawa semasa program kerja di Negeri Melaka disamping menyiapkan laporan yang perlu dihantar pada minggu depan, tetapi perlu disiapkan pada hari ini juga kerana mulai hari isnin depan akan berada di Melaka selama 5 hari.
Boss dan 2nd boss pun tak ada di ofis, banyak pula surat masuk yang perlu di minit untuk diambil tindakan oleh pegawai mengikut seksyen. Pukul 2.45 ptg pula ada meeting post cabinet juga perlu dihadiri kerana Boss tak masuk ofis. Selesai Solat Jumaat bergegas ke Cafe untuk makan apa yang ada kerana tadi dari ofis terus ke Masjid Putra kerana waktu dah hampir dan tak sempat makan. Selesai makan sebiji Cucur udang dengan Sirap Bandung( Nak cepat kena minum air berais) bergegas ke Bilik Mesyuarat Utama kerana mengikut Jadual Mesyuarat yang di pengerusikan oleh TPM bermula jam 2.45, tapi hampeh, jam 3.30 setengah baru TPM muncul
Comments