Ulasan Yang Berpijak di Bumi Nyata
Oleh SYAHRIL A .KADIR
Ketika saya menulis artikel ini, hampir 950 orang penyokong BERSIH 2.0 sudah ditangkap, jumlahnya tak mungkin hanya terhenti di situ.
Secara peribadi, saya yang berkesempatan berada di lokasi untuk membuat liputan ini merasakan yang pihak penganjur perhimpunan haram tersebut sudah berjaya dalam ‘misi’ mereka.
Penganjur berjaya mengumpul puluhan ribu manusia yang datang dari pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan kepercayaan.
Mereka berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya hadir dan berkumpul menyatakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Sama ada yang hadir itu betul-betul faham mengenai ‘perjuangan’ Bersih 2.0 atau sekadar ikut-ikutan, itu saya tak pasti.
Tetapi yang paling pasti, Kuala Lumpur ibarat medan perang bila para ‘tentera’ Bersih 2.0 ini berarak tanpa rasa takut dan gentar melalui ribuan pegawai dan anggota polis yang lengkap bersenjata.
Saya tak tahu adakah saya patut berbangga dengan ‘semangat’ luar biasa yang dimiliki ‘tentera-tentera’ Bersih 2.0 tersebut tetapi saya berani kata, mereka sejuta kali lebih berani daripada pasukan Askar Wataniah selebriti yang disertai Datuk Siti Nurhaliza dan David Teoh baru-baru ini.
Ini realiti yang kita kena terima, ‘askar-askar’ Bersih 2.0 memang mempunyai semangat, kekentalan dan kekuatan luar biasa.
Lagi mereka tengok meriam air FRU, lagi mereka bangun.
Lagi mereka tengok anggota polis bersenjata, lagi mereka membara.
Lagi mereka tengok rakan mereka disumbat dalam Black Maria, lagi mereka bersatu!
Apalagi yang nak kita katakan, saya berani kata, setakat ahli Patriot yang diketuai Khairy Jamaluddin, itu semua celah gigi mereka saja.
Dalam pada itu, kita juga kena menerima hakikat yang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga berjaya.
Bukan mudah untuk mengawal puluhan ribu manusia yang datang dari segala genap pelusuk, apatah lagi yang berhadapan dengan mereka adalah ‘juak-juak’ yang tak pernah takut dengan belantan, gas pemedih mata mahu pun peluru!
Dalam hal ini, saya terpaksa tabik spring dengan kepimpinan Tan Sri Ismail Omar dan anak-anak buahnya yang ternyata berjaya mengawal demonstrasi Bersih 2.0 daripada menjadi lebih haru-biru dan tidak terkawal.
Kita boleh kata apa saja pada mereka, polis kejamlah, polis bodohlah, polis zalimlah tetapi Ismail dan warganya telah melakukan apa yang mereka termampu untuk mengawal keselamatan negara kita yang tercinta ini.
Harus diingat, Ismail bukan hanya melakukan ‘serangan’ membabi-buta, tetapi beliau telah melakukan pelbagai inisiatif untuk menghalang perhimpunan ini daripada terjadi termasuk awal-awal lagi memanggil penganjur supaya membatalkan niat mereka.
Tidak cukup dengan itu, Ismail juga telah menawarkan alternatif kepada Ambiga dan rakan-rakan seperti permit untuk berhimpun di Stadium Shah Alam, namun semuanya dipandang sepi.
Kalau kita berada di tempat beliau, sudah tentu kita juga tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa bertindak dengan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.
Saya sendiri melihat bagaimana pakcik-pakcik berkopiah dan makcik yang bertudung labuh menghambur kata nista kepada anggota polis yang bertugas, yang muda jangan ceritalah.
Namun anggota-anggota polis ini masih lagi boleh bersabar walaupun mereka ada hak untuk untuk menahan mereka yang melakukan provokasi sampai begitu sekali.
Saya rasa kalaulah Malaysia ini negara seperti mana Myanmar, baik Thailand sekali pun, dah lama para penyokong Bersih 2.0 dah merasa peluru atau paling tidak pun merasa keadaan seperti mana di Tak Bai dulu.
Apapun, kesimpulannya saya merasakan kedua-dua pihak sama Bersih 2.0 atau pun polis, ‘berjaya’ dalam misi mereka hari ini.
Sama ada ‘kejayaan’ itu mahu dilihat dari sudut positif atau sebaliknya, terserah.
Kita ada mata jadi kita boleh tengok, kita ada otak jadi kita boleh fikir dan kita ada hati jadi kita boleh rasa, Wallahualam.

Comments