Ulasan Pendendam Kepada PAS
Kita tunggu dan lihat kemasinan mulut dia, "mainan kata-kata orang yang berdendam" ini
Wednesday, April 6, 2011
Sdr Penjenguk!
Saya masih lagi ada di KB. Sebelum berpindah dari KB ke lokasi lain, tak ada apa kerja yang nak saya buat. Blog adalah tempat saya melepas gian. Menulis bagi penulis samalah dengan rokok bagi perokok.
Sebagai penulis saya adalah hak pembaca. Kalau majoriti mahukan saya terus menulis/berblog saya akan akur pada keperluan majoriti. Barangkali ada menfaat yang boleh saya sumbang pada penjenguk walaupun mendaat itu barangkali mendatangkan laknat kepada sesetengah penjenguk yang lain.
Lagi pun blog ini saya kendalikan sendiri tanpa membabitkan penggunaan tenaga mana-mana pihak. Sama ada saya lupuskan atau terus berblog ianya tidak membabitkan pengurangan dan penggunaan tenaga mana-mana pihak pun.
Tambahan pula blog saya tidaklah sehebat mana pun. Kemunculannya tidak akan memberi bekas kepada mana-mana pihak dan kalau duilupuskan pun tidak akan merugikan mana-mana pihak.
Mungkin saya dianggap munafik kerana tidak kota apa yang dikatakan. Bagaimanapun saya catatkan 'mungkin' terpaksa dilupus dalam keadaan saya merasakan saya perlu keluar dalam hidup bermaklumat.
Bila 'mungkin' maka ianya mungkin dilupuskan atau pun tidak, bukan sesuatu yang muktamad. Kalau saya kata 'mesti' atau 'wajib' barulah muktamad dan apa pun berlaku kena dilakukan.
Jika dilihat dari sudut munafiknya antara Tok Guru Nik Aziz kata kalau Dr Mahatthir letak jawatan sebagai PM hari ini, maka hari ni dia akan letak jawatan sebagai MB tetapi masih juga kekal sebagai MB sedangkan selepas Dr Mahathir, negara sudah bertukar 2 PM dengan saya yang kata blog saya 'mungkin' dilupuskan, maka siapa sebenarnya yang lebih munafik antara saya dengan Nik Aziz?
Katalah sama-sama munafik, siapa yang lebih besar kena tanggung dosa kerana Nik Aziz lebih tahu tentang hukum hakam berbanding dengan saya yang hanya lulusan 4 thanawi, saya yang nak faham kandungan al-Quran dan Hadis pun kena tengok terjemahannya, saya tidak ada kepakaran terjemah sendiri ayat demi ayat, apatah lagi mentafsirkannya.
Mungkin khabar gembira bagi peminat blog saya dan khabar duka bagi anti blog saya, apabila melalui posting ini saya tegaskan bahawa atas beberapa keperluan, saya akan terus berblog setidak-tidaknya sehingga selesai pilihanraya umum ke-13 nanti.
Norsita Abdul Rahim, bakal isteri baru saya yang akan dikahwini tidak lama lagi sebagai ganti bekas isteri saya yang telah memilih jalan ke neraka sebagai isteri derhaka tinggalkan suami dan anak-anak walaupun dia seorang muslimat Pas yang bagi saya korup moral kerana keegoannya sebagai muslimat, banyak mengembalikan saya kepada identiti asal saya.
Norsita banyak memulihkan saya untuk kembali menjadi Meli yang serba tabah dan tahan cabaran dan ujian walaupun ujian dan cabaran itu amat getir dan kronik. Betullah kata orang bila kita tulus dengan Allah, maka Allah akan bersihkan kita dari apa jua kebusukan untuk diganti dengan kewangian dan keharuman.
Perceraian saya dengan bekas isteri bagi saya adalah bagi membersihkan saya dari segala macam kebusukkan yang memualkan dan kehadiran Norsita dalam hidup saya adalah membawa kewangian dan keharuman bak kasturi.
Kewangian dan keharuman bawaan Norsita bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk anak cucu dan seluruh keluarga saya yang cukup hina dan jijik di mata bekas isteri saya yang mengalami kejutan budaya, yang telah salahgunakan baik hati, mudah berkira, tidak curiga saya dan pewakafan dirinya untuk kepentingan parti, terutama muslimat Pas.
Saya yakin kerana kifarah terhadap aktivitis yang sespesis dengan bekas isteri saya yang kini melata dalam Pas, kerajaan Pas Kelantan akan tumbang dalam pilihanraya umum ke-13, air mata gembira Nik Aziz pada tahun 1990 yang kononnya mendapat pertolongan dari langit akan berganti dengan airmata duka kerana kemurkaan dari langit.
Tunggu dan lihatlah wahai makhluk di langit dan di bumi sama ada apa yang saya katakan akan terkota atau hanya sekadar permainan kata-kata semata!

Blog: Meli Kapak Jangak
Comments