Selamat Tinggal Kota Bharu








Program di Kelantan selesai dan sebelum balik telah ke pasar siti khadijah untuk membeli buah tangan untuk dibawa balik, antaranya cabai solok untuk makan dengan nasi kerabu, keropok dan buah. Tapi sayang sepanjang berada di KB tak sempat nak makan nasi dagang.

Kota Bharu dalam cuaca mendung, perjalanan dari Hotel ke Airport berjalan lancar kerana tidak berlaku kesesakan jalanraya diwaktu pagi selepas semua kakitangan kerajaan dan swasta telah memasuki pejabat masing-masing. Menaiki teksi yang dipandu oleh seorang yang boleh dipanggil tok wan kerana umor telah melebihi 70 tahun. Adakah dengan umor yang begitu lewat boleh lagi mendapat lesen memandu teksi..................

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN