Balik Kampong

Kali terakhir balik kampong ialah pada cuti krismas yang lalu, setelah beberapa kali tertangguh kerana urusan kerja yang tidak mengizinkan. Akhirnya pada 4 Mac 2010 hasrat untuk balik kampong tertunai juga, sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya tidak berlaku kesesakan kerana bukan hari cuti. Pemanduan begitu selesa sekali. Jam 4 ptg dah sampai di Pekan Sungai Petani dan singgah ke Hotel Swiss Inn kerana mengambil Baucer penginapan percuti di Hotel Swiss Inn Kuantan 3 hari 2 malam. Untuk mendapat Baucar pun terpaksalah menadah telinga untuk mendengar penerangan berkenaan satu pakej percutian secara membership dengan menjadi keahlian kepada pakej ini dengan bayar antara RM18,000 hingga RM22,000 akan mendapat penginapan di Hotel Rangkaian Swiss inn dan Hotel partners secara percuma untuk 7 malam penginapan setiap tahun selama 30 tahun. Bayaran memberships boleh dibayar secara ansuran selama 48 bulan. Walaupun tidak berminat dengan tawaran keahlian pakej tersebut, demi untuk mendapat Baucer terpaksalah korbankan masa hampir 1 jam untuk mendengar info dari pegawai hotel berkenaan. Sampai ke Rumah dah masuk waktu maghrib.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14

TARANNUM AL-QURAN