Posts

Showing posts from March, 2010

Tiada lagi Ruang

Hari ini mengikut program kena hadir mesyuarat. Tapi tak jadi pula kerana pegawai lagi diwakilkan kerana agenda mesyuarat tidak menepati bidang tugas. Lega, kerana mesyuarat merupakan tugas yang cukup memboringkan dan paling tidak gemar jika kena hadir mesyuarat dan lebih suka jika menjalankan tugas rutin harian walaupun tugas dan tanggungjawab lebih membebankan.

Pembelajaran Al Quran

Malam kedua Kelas Al Quran bermula, 3 pelajar perintis.

Tugasan Dah Ada, Bajet Tak Ada.

Kerja berlambak datang bertalu-talu, tetapi bajet dah kering Kontang, kena buat 'paper' untuk dapat bajet tambahan, kalau dapat boleh la jalankan tugas yang berlambak tu, kalau tak ada bajet alamat akan terlelap lagi dalam bilik, hehehe

Hari Ini Dalam Sejarah

Macam mana boleh terlelap pula, Walau pun dengan suasana keja yang banyak,

Tektik Penipu

Ni nak bagi tau kengkawan..jaga-jaga sekit bila terjumpa orang 'Politik' kat Pudu Raya. Hamba sahaya yang biasa-biasa ajer ni…nak kata tak was-was, pun 'terkena' jugak. Tapi itulah gara-gara orang 'cerdik' dari kita lagi adanya… Dok tengah rileks dan khusyu' baca 'paper' kat bangku di PuduRaya, betui-betui depan kaunter tiket tuu..sejuk sikit, ada angin 'air-con'. Nak tunggu bas lagi 45 minit lagi. Tup-tup datang pak cik ni, duduk di bangku selang satu beg aku. Dia terus tegur..tanya khabar..Terencat sekejap aku kerana dok tengah asyik baca 'paper'. Macam biasa, orang Melayu, kita sambutlah teguran, dia tanya, balik mana?. Pukul berapa? Kerja KL ker? Buat bisnis aper? Yang dia pulak, nak balik Pahang,baru antar anak masuk UITM kat Shah Alam, semester II. Pas tu dia ajak pi minum. Saya kata tak sempat, lagi 30 minit bas nak jalan. Dia kata tak per…dan lagi. Cakap dia slang orang Kelantan. Jadi duduklah kat kedai kopi dal

Kesesakan Jalan

Setelah seminggu bertugas diluar, hari ini mula kembali bertugas di Pejabat. Keadaan kesesakan jalan dari rumah ke office amat merimaskan. Sehingga kita tidak nampak sebarang tindakan penyelesaian yang akan diambil oleh agensi yang bertanggungja ia itu Perbadanan Putrajaya yang membangunkan Bandaraya Pintar ini. Nampaknya keadaan dan suasana kesesakan ini akan sentiasa dihadapi selagi mana bertugas di Parcel E ini.

Dari Blog: MAZA ,

Apabila Ulama Disifat Bagaikan ***** Disiarkan pada Mar 26, 2010 dalam kategori Isu Semasa | ** Artikel lama, dicadangkan untuk pembacaan. Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang. Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar b

Dari Blog: MSO/Sunday, March 28, 2010

Image
Mengulik Perasaan Antara Kejahatan dan Kebaikan Ibrahim Kepada Anwar MULANYA saya tidak bercadang untuk mengulas mengenai mesyuarat agung Perkasa yang diadakan semalam. Saya sudah bagi tahu kepada dua orang kawan yang menghantar saya ke rumah menjelang Isyak tadi, saya tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenai mesyuarat Perkasa itu. Saya mengatakan begitu bukan bermakna saya menghormati kepada presidenya, Ibrahim Ali tetapi menghormati permintaan kawan berkenaan. Dia adalah kawan Ibrahim yang hadir pada mesyuarat agung semalam dan juga kawan yang sering berhubung dan bertanya khabar saya. Tetapi setelah membaca laporan mengenai Perkasa membuat 13 laporan polis terhadap pendedahan ahli parlimen yang mengakui Anwar Ibrahim menggunakan nama Yang Dipertuan Agong untuk kepentingan politiknya menyebabkan saya gatal tangan untuk membuat sedikit catatan. Saya tidak boleh lelap kalau tidak sudahkan catatan ini. Catatan ini bolehlah dikira sebagai cendermata saya kepada Per

Bumi Kenyalang

Image
Dalam kedai jualan kraf tangan dari sarawak kat batu7, Kuching. Kerja-kerja membuang bulu dan duri dari tikar sarawak supaya ia licin dan tidak membahayakan kaki dan tangan dari selumbar Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru diseberang sungai dari Water Frant Berihat dalam Bilik Hotel Lepas shopping nak seberang sungai dengan sampan nak makan Mee Kolok dan beli Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah Simbul Bandar Kuching untuk kenangan 21 Mac 2010 bertolak ke Kuching Sarawak kerana tugas rasmi, dan malam ni jam 11.30 malam baru sampai balik kerumah walaupun mengikut program asal flight dari Kuching akan bertolak jam 4.05 ptg, tetapi ditunda ke pukul 5.30 dan ditunda lagi ke pkl 8.00 malam

Pasar Pagi Di Pekan Dengkil

Semalam cadang nak ke Pasar Maidin untuk beli keperluan Dapur, tapi kerana agak lewat tak jadi pegi hanya kat Alanmanda saja, pagi ni ke Pasar Pekan Dengkil, beli keperluan Dapur, barang banyak juga seperti sayur, ikan, buah2an, haganya pun boleh tahan juga, kerana akawasan perkampongan sikit,

Hot Air Ballon Fiesta

Image
Mulai 19 hingga 21 Mac 2010, putrajaya menjadi sesak dengan kunjungan pelawat dari luar ke Putrajaya sempena Pesta Ballon Udara Panas. Kesesakan begitu memeritkan. Sekolah masih bercuti ini menyebabkan pengunjung begitu ramai sekali;

PHOTOGRAPHY.

Mari Kita Kongsi Ilmu, Jika anda Peminta Fotografi KAMERA DAN KELENGKAPAN Shutter Speed Fungsinya ialah :- Menentukan kelajuan yang dapat menghentikan pergerakkan objek bergerak pantas. Menyesuaikan dengan Apperture (bukaan Lens) yang digunakan supaya gambar di exposure kan (dedahan cahaya) dengan normal. Biasanya angka-angka terdapat dalam shutter speed ialah 1, 2, 8, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, 1600, 2000. Contoh Shutter Speed pada kamera ialah: B- Shutter Speed pada kamera perlahan 4, 8, 10, 15, 20, 30, 50, 60, 80 = Shutter Speed Perlahan 100, 125, 160, 200 = Shutter Speed Sederhana 250, 320, 400, 500, 640, 800, 1000, 1250, 1600 (seterusnya) = Shutter Speed Laju Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Apperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan menjadi under atau over expose. APPERTURE Apperture terletak pada lens, Apperture juga dikenali dengan nama bukaan lens. Keluasan bukaan lens akan menentukan kemasukkan cahaya yang akan masuk ke dal

Sarawak

Image
Penginapan semasa ke Sarawak, Dah lama tak ke Sarawak. Terakhir sampai ke Sarawak 5 tahun yang lalu, itu pun hanya 3H 2M sahaja. Kalau ada masa boleh la jumpa kawan semasa menunaikan Fardhu Haji Tahun 2007 yang lalu. Depa ada program nak pi jalan ke Shariken pula, Inshaallah kalau ada peluang dan kesempatan mungkin sampai kut.

Sejarah Tercatat 2

Image
Kapal Selam yang tak boleh menyelam kerana dimasukki tepong, semasa ditepong tawarkan, Sidang Dewan Rakyat bermula semalam, hari ini sejarah tercatat apa bila, Ahli Bebas dari Pulau Pinang (Bekas PKR) diberi peluang berucap di Parlimen dan mendapat liputan yang cukup istemewa oleh TV31/3. Rupanya skrip telah disediakan oleh Pengarah Lakon Pentas tersebut, skrip terpaksa dibaca satu persatu, kah, kah, kah. Pelakon Amatur berbandaing dengan pelakon pro Si K****

NKRA dan Idris Jala

NKRA dan Idris Jala, Idris Jala dan NKRA, asal dari Bario, tapi tak betah Berbahasa Malayu

Dimana

Image
semalam lagi ketidak pasti begitu mencanak, Tugasan bercelaru saja. Petang selepas habis ofis, keperluan dapor semakin berkurangan, terus kat pasar malam di presint 2, sampai dikawasan pasar malam telah tersedia rezeki kerana dipermudahkan untuk mendapat tempat parkir kereta, oleh kerana duit dalam poket agar terhad dan terlupa pula nak ambil kat ATM mesin. Maka kadar pebelian tidak begitu banyak. Selesai pemberian terus kekereta, semasa berjalan kekereta terlihat begitu ramai SB berkeliaran. Rupanya baru saja selesai tugasan yang dib***i telah selesai. Rupanya disebalik dipermudahkan semasa mendapat tempat parkir, terdapat bala yang menunggu. Sebagai pengajaran kepada kita semua, jika terdapat sedikit kesusahan jangan anggap itu sebagai kesusahan, mungkin kesudahan yang kecil itu merupakan perlindungan dari kesusahan yang lebih berat. Sedangkan itu lah nikmat yang tidak dijangka kan oleh kita. Kerana ilmu Allah itu mengatasi semua ilmu kita yang sedikit ini.;

Fakta Tentang Bekas Plastik

Fakta Yang Sangat Penting Tentang Bekas Plastik - Elakkan No 3, 6 & 7 Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seak-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum). The Plastic Coding System - Ketahuilah Fakta2 berikut: Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan men

Taklimat OBB

Taklimat nak perabih Duit

Piket Di adakan Dengan Jayanya

Image
Apartment yang dah siap, pemaju melengahkan penyerahan nak elak dari bayar LAD kepada pembeli bersama Banner protes Pembeli menunjukkan bantahan mereka Pengerusi JK Protes memberi Ucapan Pagi tadi mulai pukul 9.30 pagi, pembeli telah berkumpul di Putra PerdanaThe Lakes Ville untuk mengadakan piket sebagai tanda protes terhadap pemaju yang gagal menyiap dan menyerah rumah jenis Apartment kepada pembeli mengikut perjanjian iaitu rumah akan diserah selepas 18 bulan perjanjian ditandatangani, perjanjian ditandatangani pada tahun 2001, tetapi hingga kini pemaju gagal menyerah rumah kepada pembeli

Species Ahli Bebas Di Malaysia

Image
Puak bebas pembangkang dari pelbagai species dan ideologi. 1. Salentia yang sudah cabuk dengan ideologi semua dia gauli sampai tak nampak rupa lagi. 2. Ada yang berwajah Islam tetapi perangai Yahudi. Bohong sana tembereng sini. Perangai lebih teruk dari Abu Lahab atau Abdullah bin Ubai. 3. Ada yang seperti tidak bermaya saja. Dalam parlimen sebelum ini pun tidak pernah berkokok macam ayam berak kapur. Alih-alih bila nak keluar parti cakap bukan main Lagi kata orang itu diktator, komunis dan macam-macam hingga lupa untuk cermin diri sendiri jenis bangsa apa. Boleh terbit kat TV..............

Karam Singh, peraaah..........

Semuanya sampah semenyampah2nya

Program Ke Sarawak

Program telah siap di atur untuk menjalankan tugasan rasmi ke SMK Tabuan Jaya, Daerah Kucing dan SMK Muara Tuang , Daerah Samarahan. Tugasan ini dijangka selama 5 hari pada hujung bulan Mac 2010.

Birthday For Iftida

Image

Piket

Esok ada mencatat sejarah di Putra perdana

Pokok Anggur

Pokok Anggur yang ditanam tu dah mula membesar, para untuk menjalar perlu di sediakan supaya tumbesarnya tidak terganggu

Tazkirah

إسلام مغاجر كيت ملاكوكن سسواتو فركارا سخارا سدرهانا. دالم كغيراهان سستغه كيت مراعيكن عيد الفطر دغن ممبوات رومه تربوكا، جاغنله سمفي كيت ملاكوكن فمبذيران. سستغهث فولا، تياد كممفوان، تتافي سغضوف برهوتغ دان برضولوق برضاداي سمات٢ كران ايغين ممبوات رومه تربوكا، كونونث مالو دغن كاون٢ دان جيران٢ تتغضا جك تيدق ممبوات رومه تربوكا .

Orang kafir boleh masuk ke tanah haram?

Hamba ada berdialog dengan seorang ustaz yang baru balik dari Mesir, yang sekarang ini sedang mengajar di Darul Quran berkenaan apa akan terjadi sekiranya terdapat kes orang kafir yang memasuki tanah haram Mekah? Maka jawab ustaz itu, insyaAllah, Allah akan turunkan bala yang besar di sekitar Mekah. Sebelum itu, terdapat seorang teman yang hamba kenali di Arab Saudi telah memberi e-mail kepada hamba bahawa beliau didalam keadaan yang serbasalah untuk bekerja di syarikat yang dikerjai di Arab Saudi. Beliau bekerja di Tanah Haram untuk membuat keretapi laju dari Masjidil Haram ke Arafah. Syarikat yang berjaya mendapat projek itu adalah syarikat dari tanah besar China yang bernama China Railway. Yang menjadi permasalahannya ialah, mereka-mereka yang bekerja dengan ChinaRailway dan juga subconnya yang datangnya dari syarikat 'base' di Eropah, yang juga kafir, telah masuk ke tanah haram dengan selambanya. Tiada tindakan diambil oleh pihak Arab Saudi dan sekarang ini, teman yang hamb

Exit Conference

'Exit Conference' dengan Timb. Pengarah IPBKBM telah diadakan pada jam 11.00,

Tepong Goreng Rangup

Image
IKS baru beroperasi dengan produk utamanya " Tepong Goreng Rangup " . Kerja pengbungkusan sedang rancak berjalan dengan setiap bungkus berat tepung 400gm akan dijual dengan harga RM2.20. 'Tepong Goreng Rangup' sesuai untuk menggoreng ubi, pisang, sukun kerana ia rangup untuk dimakan. Cara penyediaannya sungguh mudah dan ringkas bagi suri-suri yang berkerjaya. Tempahan boleh dibuat melalui Telefon atau internet; e-mail

Selamat Sampai Dari Kampong

Image
Perjalanan berjalan lancar, jalanraya tidak sesak , kecuali di lebuhraya dekat Damansara agak sejak tetapi tak la teruk sangat. sejak 4 Mac 2010 bertolak balik ke Kg, setelah 3 hari berada di Alor Setar untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh dan mengemas rumah yang tinggal tanpa penghuni sejak disember 2009. Sempat singgah kat ofis lama kejap untuk borak2 dengan kawan2 lama. Shopping juga tak ketinggalan kat bandar Alor Setar. bertolak balik pukul 12.00 tengahhari dan sampai kat PJ pukul 7.00 malam. Walaupun bawa balik BB Celcom ke Alor Setar, nampaknya talian BB tak begitu baik kejap ada kejap tak ada, Blog tak dapat up date. Hari ni baru lah dapat mengadap komputer untuk Up date Blog.

Balik Kampong

Kali terakhir balik kampong ialah pada cuti krismas yang lalu, setelah beberapa kali tertangguh kerana urusan kerja yang tidak mengizinkan. Akhirnya pada 4 Mac 2010 hasrat untuk balik kampong tertunai juga, sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya tidak berlaku kesesakan kerana bukan hari cuti. Pemanduan begitu selesa sekali. Jam 4 ptg dah sampai di Pekan Sungai Petani dan singgah ke Hotel Swiss Inn kerana mengambil Baucer penginapan percuti di Hotel Swiss Inn Kuantan 3 hari 2 malam. Untuk mendapat Baucar pun terpaksalah menadah telinga untuk mendengar penerangan berkenaan satu pakej percutian secara membership dengan menjadi keahlian kepada pakej ini dengan bayar antara RM18,000 hingga RM22,000 akan mendapat penginapan di Hotel Rangkaian Swiss inn dan Hotel partners secara percuma untuk 7 malam penginapan setiap tahun selama 30 tahun. Bayaran memberships boleh dibayar secara ansuran selama 48 bulan. Walaupun tidak berminat dengan tawaran keahlian pakej tersebut, demi untuk mendapat Bau

Program Ke Sarawak

SMK Kuala Tualak pula

Bercuti

4 hingga 8 Mac 2010 akan bercuti 3 hari dan 2 hari cuti minggu, jadi 5 hari akan balik ke Alor Setar. Kali terakhir balik ke Alor Setar pada cuti Xmas yang lalu, lebih 2 bulan tak balik ke Kedah, Moga perjalanan esok dipermudahkan, dalam perlindungan dan pemeliharan Allah hendaknya, Inshaallah,

JKA Bil. 1/2010

Image
Pertama kali membentang Laporan di kepada pegawai atasan yang ber GRED Turus dan JUSA begitu mendebarkan. Tak banyak isu yang dibentangkan tetapi begitu membimbangkan kalau2 berlaku kesilapan disegi fakta dan protokol. Tetapi semua berjalan dengan baik walau pun terdapat sedikit gementar. Sepanjang pembentangan tidak banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Mesyuarat, maka pembentangan dapat dihabiskan dengan cepat. tambahan pula masa pembentangan agak lewat dan jam menunjukkan hampir pukul 1.30 ptg. Ahli mesyuarat dah hilang tumpuan. maka ia dapat diselesaikan dengan segera............. lega.