Ronda-Ronda Morib dan Banting
Petang tadi tak ada program kemana2, keluar ronda2 kebanting, dan terus ke Kg Batu Laut untuk melihat Homestay yang ada kat sana, singgah makan Ais Kacang kat kedai ditepi pantai Kg. Batu Laut harga RM1.00 semangkuk, sedap juga kerana cuaca panas. Singgah juga ke pantai Morib tapi pantai tak elok kerana air surut berlumpur, Perjalanan balik singgah ke tempat industri kecil pengusaha krepek dan beli serba sedikit untuk makan petang.
Dengan panduan GPS, sampai juga ke Bukit Jugra yang terletak rumah api untuk panduan nelayan di laut untuk balik kepantai, Bukit jugra terdapat balai cerapan anak bulan oleh MAIS untuk menentukan tarikh awal bulan hijrah. Dikaki bukit tersebut terdapat jalan untuk menaiki bukit, ramai penduduk tempat menggunakannya sebagai laluan berjoging diwaktu petang dan terdapat ramai orang yang berjoging yang berbukit dan dirimbuni oleh pokok. pokok durian merupakan tanaman utama dikawasan itu, kalau kunjungan dimusim buah2an, alamat boleh makan buah durian la.

Comments