Posts

Showing posts from February, 2010

Tazkirah 28 Feb.2010

Image
Amalan untuk Jamaah Umrah dan Haji, Sama-sama kita beramal

Ronda Shah Alam Hari Ini

Image
Perjalanan ke Shah Alam melalui Puchong pagi tadi telah menghadapi kesesakan jalan yang teruk juga. Lain kali kena guna lebuhraya melalui saujana putra dan masuk exit batu tiga tak la sesak juga, Ronda kat SACC Mall , Melawat Muzium Selangor, dan kompleks Alam Sentral, perjalanan balik singgah shopping kat JUSCO Puchong, ada sale juga.

Kebersihan Separuh dari Iman

Image
Keutamaan kebersihan di Masjid Sultan Singapura : (Masjid yang begitu bersih dan hiasan yang kemas dan ringkas) Yang paling best adalah tandasnya yang begitu bersih, tempat wudhuk yang kemas dan kepala paip yang boleh menjimatkan air sepertimana yang terdapat di Makkah dan Madinah. Ada water cooler yang dijaga rapi. ( terjaga rapi dan bersih) (berkilat tandasnya) (Kemas dan bersih sangat) (sinki dah macam hotel 5 bintang) (kepala paip yang kemas dan jimat air) (kemas, teratur dan menggunakan paip besi dan palang besi- kebanyakan masjid di Malaysia guna paip plastik kerana banyak sangat kes kecurian) (memudahkan golongan tua atau yang sakit kaki berwudhuk) mana2 masjid yang ada di Malaysia yang bercadang untuk mempelajari pengurusan kebersihan masjid, maka Masjid Sultan boleh dijadikan panduan atau tanda aras. Bagi menjimatkan bil-bil air masjid , kita boleh guna kepala paip seperti di atas. Yang penting kita sama-sama menjaga kebersihan semua masjid di negara kita. Sedutan

Sambutan Maulidul Rasul, Perarakan Satu Tuntutan?

Image
Selepas Solat Subuh di Masjid Putra, Peserta perarakan Sambutan Maulidul Rasul Tahun 2010/

Persiapan JKA 1/2010

Persiapan untuk M JKA tak la membebankan tetapi banyak kerja remeh yang perlu disiapkan, ini adalah pengalaman pertama yang akan menjadi iktibar bagi persiapan JKA akan datang datang supaya perjalanan tugas menjadi lancar dan lebih teratur dan kemas.

KELEBIHAN ORANG YANG SIBUK

Jika ingin sesuatu tugasan disiapkan, serahkan saja tugas itu kepada orang yang sibuk. Mengapa pula begitu? Macam tak logik saja!. Sepatutnya tugasan kena beri pada orang yang tidak sibuk. Sepatutnya begitulah. Tapi hakikatnya hanya orang sibuk saja yang ada masa untuk buat kerja. Lagi satu, orang sibuk ni mampu mengurus masa mereka dengan baik! Kalau tidak percaya, cubalah tengok orang-orang yang BERJAYA di sekeliling kita. Bukankan mereka itu tergolong dalam kumpulan orang-orang yang “SIBUK”?

Disiplin Kakitangan Awam

Kakitangan Awam adalah tidak dibenarkan keluar dalam waktu pejabat samaada untuk minum pagi atau urusan peribadi. Unit pemantauan seringkali mengadakan operasi untuk menangkap kakitangan awam yang berada di kefeteria dan premis2 lain atas urusan peribadi pada masa waktu pejabat, Jika nasib tak baik anda akan dicekup dan tindakan akan diambil. Tarikh 22 Feb. 2010 adalah detik hitam kepada staf dari BAD telah dicekup oleh KSU dan KPPM yang menjalankan pemantauan.

Baru Nak Merasa

Image
Dah lama servis dengan Kerajaan, Sekarang baru lah nak merasa sikit kemudahan yang diberikan. Setelah lama membuat penilaian maka ini yang telah dibeli, tak la mahal sangat, kalau ada rezeki, 2 tahun lagi tukar pula hehe setiap 2 tahun sekali .............................. adalah serbasikit kemudahan, GPS untuk panduan nak jalan2 ke tempat yang tak pernah sampai lagi. Internet juga ada kalau kat area yang ada Wifi boleh la juga tenguk internet.

Wahai Melayu Yang Mengaku Pejuang Melayu Kini

Petikan dari Blog: MAZA Sebahagian yang bertempik sakan hari ini kononnya membela melayu Pulau Pinang, tangan mereka juga tidak lebih bersih daripada tangan-tangan kotor yang ada pada hari ini. Bukan perarakan maulid yang menentukan survival ‘melayu Pulau Pinang’. Ya, ‘survival melayu’. Itulah bahasa yang sering mereka gunakan “melayu Pulau Pinang”. Saya antara orang kurang selesa dengan perkataan perkauman yang seperti itu. Sebutlah ‘umat Islam Pulau Pinang’. Dada agama jauh lebih luas dari kesempitan bangsa. Insan boleh menjadi muslim walaupun dia dilahir tidak muslim. Namun, seorang bukan melayu tidak boleh bertukar menjadi melayu. Isu bangsa sentiasa sempit. Isu Islam sentiasa luas dan memberi rahmat untuk semua. Hakikatnya, yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah melayu tetapi ‘India Muslim’ Pulau Pinang. ‘Depa panggil mamak’. Kedai mamak nasi kandar dan kedai emas ‘keling’ (india muslim) yang menyebabkan kita dapat melihat orang Islam berniaga d

Ronda-Ronda Morib dan Banting

Image
Petang tadi tak ada program kemana2, keluar ronda2 kebanting, dan terus ke Kg Batu Laut untuk melihat Homestay yang ada kat sana, singgah makan Ais Kacang kat kedai ditepi pantai Kg. Batu Laut harga RM1.00 semangkuk, sedap juga kerana cuaca panas. Singgah juga ke pantai Morib tapi pantai tak elok kerana air surut berlumpur, Perjalanan balik singgah ke tempat industri kecil pengusaha krepek dan beli serba sedikit untuk makan petang. Dengan panduan GPS, sampai juga ke Bukit Jugra yang terletak rumah api untuk panduan nelayan di laut untuk balik kepantai, Bukit jugra terdapat balai cerapan anak bulan oleh MAIS untuk menentukan tarikh awal bulan hijrah. Dikaki bukit tersebut terdapat jalan untuk menaiki bukit, ramai penduduk tempat menggunakannya sebagai laluan berjoging diwaktu petang dan terdapat ramai orang yang berjoging yang berbukit dan dirimbuni oleh pokok. pokok durian merupakan tanaman utama dikawasan itu, kalau kunjungan dimusim buah2an, alamat boleh makan buah durian la. Untuk s

Pokok anggur

Image
Barisan Pokok untuk Masakan Pokok Anggur, Dah banyak pokok yang ditanam di belakang kuarters kat PJ, antara poko yang istemewa ialah pokok anggor, yang dibeli di Taman Botani dengan harga RM10.00. Penjualnya kata tumbesar pokok anggor ialah dua inci seminggu, tetapi dah hampir sebulan, nampaknya tumbesarnya tak juga berlaku, entahlah. Disamping pokok Anggur, Pokok untuk masakan seperti serai, halia, pandan, kunyit, daun karapole,lengkuas, daun cenehum dan pokok putat juga ditanam. Pokok pisang juga ditanam untuk tujuan kegunaan daunnya. Pokok tersebut telah mula membesar, tugas makin menambah kerana musim kemarau, kerja menyiram perlu dilakukan sekuran2nya sekali sehari.

Persiapan

Laporan belum siap lagi ni,

First Meeting With MOE

Image
Pertama kali menghadiri mesyuarat PC yang dipengurusikan oleh MOE dan berakhir jam 6.15 ptg, wah booringnya.

Sama2 Kita Amalkan

Doa Penawar daripada Hadis Nabi Sekadar berkongsi doa-doa yang dipetik daripada hadis-hadis nabi S.A.W sewaktu mengajar kelas tafsir surah Al-Falaq di Dar Al-Hikmah baru-baru ini. Dr. Wahbah Al-Zuhaili menyebut dalam kitab tafsirnya Tafsir Al-Munir (Jilid 30, ms 478) : "Kebanyakan para ulama mengharuskan minta pertolongan dengan membaca ayat-ayat ruqyah (pendinding/penawar) kerana baginda nabi S.A.W telah mengadu kepada malaikat Jibril tentang peristiwa baginda di sihir oleh orang yahudi lalu malaikat Jibril membacakan ayat-ayat ruqyah kepada nabi..." Antara doa-doa penawar : Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana disihirkan oleh Labid bin Al-A’shom (yahudi) : بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap

Perjalanan ke Sabah

Image
9 hingga 12 Feb.2010 perjalanan ke Sabah untuk tugas rasmi di Daerah Keningau. Pertama kali menjejakki kaki ke Pekan Keningau yang terletak disatu kawasan lembah yang dikelilingi oleh bukit2, Kedudukan keningau di lembah menyebabkan kegiatan ekonomi utamanya adalah pertanian.

Water Park

Image
Hari TM MSC mengadakan Hari Keluarga 2009 di Desa Water Park, KL, Seharian hari ni kat Water Park, Banyak Aktiviti dijalankan untuk Dewasa dan Kanak2. Cabutan Hadiah Bertuah juga disediakan. Hadiah utama untuk cabutan bertuah diatas pentas menanti staff yang bertuah. Rupanya tidak tuah, balik dengan tangan kosong aje, tapi tak apa la enjoy juga