Mesyuarat JPKA
20 Oktober 2009, tarikh keramat, tanpa persediaan dan diluar jangkaan, telah diberi tanggungjawab yang cukup mencabar [bukan kerana kurang keyakinan tetapi tanpa persediaan] untuk membentang pelaporan Audit bagi tempoh suku tahun ketiga kepada Dato' TKSU(P), SUB dan Ketua Pengarah Jabatan/Agensi yang jawatan masing2 majoritinya dah GRED JUSA. Dengan berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang begitu lama dengan Jabatan, tanggungjawab tersebut dapat juga dilaksanakan dan soalan yang di lontar oleh TKSU sebagai Pengerusi Mesyuarat dapat dijawab dengan penuh keyakinan. Walau pun dalam pembentangan terdapat sedikit kecelaruan dalam susun aturnya kerana nota pembentangan hanya diserah 5 minit sebelum dibentang. Tapi Inshaallah, jika diberi tanggungjawab untuk membentang pelaporan pada masa akan datang, pembentangan yang lebih teratur, meyakinkan dan lebih memikat audien akan di persembahkan. Persediaan yang rapi dari segi bahan dan mental adalah perlu terutama dalam majlis yang dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi dalam kementerian.
Comments