Bagus dan menyakinkan. Apa pendapat anda sekiranya anda menjumpai sebuah kotak icecream yang tercatat jelas pengumuman seperti berikut:
Gambar :Di belakang kotak icecream Pada hemat anda, berapa ramai yang akan berpura-pura tidak puas hati dan kembali menuntut ‘refund' atau ganti.? Jika dapat kembali wangnya atau ditukar, apa yang dapat dipuaskannya? Hanyalah nafsu sendiri, tanpa sedar tindakannya membawa bencana dan keburukan jua terhadap dirinya. Tawaran ‘refund' dan tukar ganti seperti ini, boleh didapati secara meluas dalam amalan berniaga di negara bukan Islam, khususnya di sebelah Eropah. Setiap kali terlihat paparan seperti itu, akan terdetik di dalam diri, cukup ‘selesa' menjadi pelanggan dan berniaga jika sesebuah masyarakat itu profesional, telus dan amanah. Melaluinya, bilangan peniaga telus dan berhemah turut bertambah sehingga mampu melahirkan sebuah masyarakat amanah, selesa didiami, berniaga serta menjadi pelanggan. Mela