Posts

Showing posts from October, 2008

Banjir Lagi

Hujan yang belarutan menyebabkan berlakunya banjir di negeri kedah, Kerajaan dibawah pimpinan pas perlu mengambil tindakan yang pro aktif untuk membantu mangsa banjir supaya ia tidak diambil kesempatan oleh BN untuk memperlekehkan kepimpinan baru

Rosmah Ada Pejabat Di MOF? dari Blog.. Merah Tinta

Kalau Benarlah Ini... Parah Rosmah Ada Pejabat Di MOF? PAGI tadi saya minum dan pekena capati dengan seorang kawan lama di retoran Pakistan berdekatan rumah. Bertemu, makan sambil untuk beraya. Beliau seorang penulis veteran, pengulas politik yang rapat dengan kebanyakan pemimpin politik. Bersifat provokatif. Mengakui banyak mengetahui hal-hal dalam kain pemimpin. Lebih jauh dari itu beliau juga turut menerima maklumat dalaman Kerajaan termasuk soal-soal keselamatan. Kawan ini juga baik dengan penulis dan sasterawan negara. Pernah berkhidmat dengan akhbar di Indonesia dengan menjadi wakil akhbar itu untuk negara ini tahuan 60-an. Pernah dibayar sebanyak USD1,000 oleh akhbar berkenaan, satu bayaran lumayan! Begitulah ceritanya. Gaya hidup kawan ini bertaraf tinggi, ada kelas dan standard. Berpakaian kemas, bertali leher senantiasa dan terpangaruh dengan disiplin Barat. Akhir-akhir ini banyak menulis mengenai biografi tokoh-tokoh politik, diplomatik dan korporat. Mengaku tidak pernah men

Ulangan 9 Oktober

Hari ini menjelang lagi 9 oktober bagi kali yang ke 52, sejak insan ini dilahirkan oleh seorang ibu, Ibu yang bernama Fatimah, ibu yang menjadi insan yang amat memahami hatibudi anak nya, anakmu hanya mampu berdoa semoga ibu akan ditempatkan bersama para ambia,shuhada dan solehin

Shawal

Ramadhan telah berlalu, bulan shawal menjelma, adakah setelah kita berpuasa selama sebulan dan kita juga akan beraya sebulan sepanjang bulan ramadhan. Bagaimana Puasa sunat 6 hari di bulan Shawal, adakah kita akan mensia-siakan ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi sesiapa yang berpuasa selama 6 hari dalam bulan shawal akan mendapat ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun. Sambutan majlis rumah terbuka yang diadakan setiap hari sepanjang bulan shawal adakah akan membuatkan kita terlupa dan lalai untuk menyempurnakan puasa sunat yang amat besar ganjarannya. Aidul Fitri adalah satu shawal. Walaupun tidak menjadi kesalahan jika kita mengambut Aidul fitri sepanjang Shawal, tetapi kita jangan pula melupakan puasa 6 hari dalam bulan shawal. Kerana sekolah Ramadhan telah mendidik kita untuk bertaqwa kepada allah, jadi puasa dalam bulan shawal adalah tanda dan hasil dari didikan ramadhan.