Hari Yang Singkat

Perjalanan bermula sebelum masuk waktu Zohor di Madrid menuju Jeddah, Siang yang singkat. Solat Zohor dan Asar perlu di tunaikan di atas Kapal terbang kerana kapal terbang dijangka mendarat di Jedah menjelang Magrib. Alhamdulillah Saudi Arabia Airline mempunyai ruang Solat yang selesa untuk menunai Solat dengan mengambil wudhu menggunakan Air yang paling minima untuk mengurangakan risiko air membasahi ruang tandas kapal terbang. Arah perjalanan Flight tidak jauh beza menghala ke arah Kiblat dan screen monitor di depan tempat duduk juga boleh lihat Arah Kiblat. Solat dapat di tunaikan dengan sempurna dalam kapalterbang. 

Perjalanan dari Jeddah pula bermula awal pagi dan belum lagi waktu Subuh, jadi perlu tunaikan di atas Kapal terbang. selepas take off , dalam tempoh tidak begitu lama, waktu subuh menjelang, kerana pertembongan kapal terbang ke timor dan pergerakan Matahari ke Barat. Arah kiblat telah membelakangi kapal terbang pula.   

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14