Untuk Rujukan 1MDB

Rupanya Macam Ni RM2.6 Bilion Di Punggah Ke Akaun Najib..

Rupanya Macam Ni RM2.6 Bilion Di Punggah Ke Akaun Najib. Mengapa SRC International, anak syarikat milik Kementerian Kewangan memindahkan jutaan ringgit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan?

Adakah SRC International melakukan apa-apa kesalahan jenayah dengan memindahkan dana ke dalam akaun peribadi Najib?

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bulan lepas berkata, Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah kerana beliau tidak mengetahui dari mana wang itu datang.

Tetapi ketika peguam negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan, beberapa persoalan masih belum terjawab.

Apakah itu SRC International?

SRC International ditubuhkan pada 7 Januari 2011 dan pada dasarnya terlibat dalam projek berkaitan dengan sumber tenaga konvensional dan boleh diperbaharui, sumber asli dan mineral.

Ia juga terlibat dalam "mana-mana perkongsian, usaha sama atau sebarang perjanjian perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan atau kerjasama dan pegangan hartanah", menurut penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir pada Mac 2012.

Ketika diperbadankan, lembaga pengarahnya terdiri daripada Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Paduka Ismee Ismail, Nik Faisal Ariff Kamil, Vincent Beng Huat Koh dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Identiti pasukan pengurusan atasan semasa tidak diketahui, kerana Faisal dan Suboh, kedua-duanya yang berkhidmat sebagai pengarah syarikat, menghilangkan diri tahun lepasdi tengah-tengah siasatan SPRM ke atas syarikat itu.

Kaitan dengan 1MDB

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB tetapi berpecah daripada syarikat pelaburan strategik itu pada Februari 2012 untuk melayakkannya membuat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Pinjaman yang disalurkan dalam 2 bahagian pada Ogos 2011 dan Mac 2012, dibelanjakan untuk pelaburan di Indonesia, Mongolia dan "beberapa negara lain", kata Kementerian Kewangan tahun lepas.

Walaupun kontroversi melanda SRC International, syarikat itu dilihat tidak menonjolkan diri.

Laman sesawangnya "src.com.my" kosong, selain gambar logo syarikat, nama dan mesej: "Thank you for your visit.  Please note that our site is currently under construction" (Terima kasih kerana melayari laman sesawang kami. Sila ambil perhatian laman sesawang kami sedang dalam pembinaan).

Rupanya Macam Ni RM2.6 Bilion Di Punggah Ke Akaun Najib..

Tiada maklumat lanjut mengenai syarikat itu yang boleh diperoleh daripada laman sesawang ini.

Lebih misteri lagi, src.com.my merupakan hasil carian ke-31 ketika satu carian dijalankan ke atas "SRC International Sdn Bhd" di Google.

Tidak seperti syarikat induknya, SRC International kurang mendedahkan identiti syarikat kepada media dan orang ramai.

Ia hanya mengeluarkan 2 kenyataan akhbar setakat ini: pada 21 Oktober dan 5 November tahun lepas. Kedua-duanya mengenai penafian mereka berhubung pendedahan pinjaman RM4 bilion daripada KWAP yang disalahgunakan.

Pemindahan RM42 juta kepada Najib

Orang ramai hanya mula memberi perhatian kepada SRC International apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pada tahun lepas terdapat wang disalurkan daripada syarikat itu ke akaun peribadi Najib.

Antara Disember 2014 dan Februari 2015, SRC International memindahkan RM50 juta kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari yang kemudiannya memindahkan RM50 juta kepada Ihsan Perdana, lapor WSJ.

Ihsan Perdana merupakan sebuah syarikat swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk 1MDB.

Daripada Ihsan Perdana, RM42 juta pula dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank dalam 3 transaksi sebanyak RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, kata WSJ.

Pemindahan RM27 juta ke dalam akaun AmBank

Bagaimanapun, menurut beberapa dokumen yang didedahkan peguam negara pada sidang media bulan lalu, SRC International memindahkan baki RM35 juta kepada Putra Perdana Construction.

Putra Perdana Construction seterusnya memindahkan RM34.99 juta kepada Permai Binaraya yang kemudiannya memindahkan RM27 juta ke dalam akaun bank persendirian berakhir dengan digit “880”.

Dana yang dipindahkan ke dalam akaun “880” digunakan untuk membayar kad kredit Visa dan Mastercard Najib berjumlah RM3.2 juta, menurut carta didedahkan Apandi.

SRC International juga memindahkan RM105 juta dan RM30 juta pada 14 Julai 2014 dan 8 Ogos tahun sama, masing-masing ke Putra Perdana Construction.

Individu utama berdiam diri

Apandi tidak menjelaskan mengapa SRC International, sebuah syarikat yang terlibat dalam tenaga, memindahkan wang kepada syarikat pembinaan.

Beliau juga tidak menjelaskan mengapa sebahagian daripada wang itu akhirnya digunakan untuk membayar kad kredit Najib.

The Malaysian Insider sudah menghantar emel kepada SRC International untuk mendapatkan keterangan mengenai pemindahan wang, dan jenis perniagaannya dengan Putra Perdana Construction, tetapi buat masa ini masih belum menerima sebarang jawapan.

Polis juga belum menjawab persoalan The Malaysian Insider mengenai sama ada atau tidak ada kemungkinan kes pecah amanah SRC International.

SPRM tidak dapat mendedahkan sebarang butiran siasatan terhadap SRC International kepada umum kerana terikat dengan Akta SPRM 2009.

Rupanya Macam Ni RM2.6 Bilion Di Punggah Ke Akaun Najib..

Panel Penilaian Operasi dan Panel Khas SPRM sepatutnya bertemu dengan Apandi semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai arahan menutup kertas siasatan SRC International.

Tetapi mesyuarat itu dibatalkan pada saat akhir, tanpa sebarang penjelasan diberikan.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa enggan mengulas pertanyaan yang diajukan The Malaysian Insider.

Tetapi Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua memberitahu The Malaysian Insider beliau sudah mengemukakan satu soalan kepada Parlimen mengenai mengapa SRC International memindahkan dana ke Putra Perdana Construction.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu sebelum ini pada sidang medianya mendedahkan jumlah urus niaga yang terlibat, dan penggunaan segera dana selepas menerimanya, dan "luar biasa" bagi peguam negara menerima dakwaan Najib beliau tidak mengetahui wang itu berasal daripada SRC International .

"Malah, Apandi menimbulkan banyak persoalan terhadap perdana menteri dengan mendakwa dana itu daripada penderma misteri dari Arab, yang menyumbangkan AS$681 juta.

"Bagaimanapun, kenyataan Najib bercanggah kerana derma Arab yang tidak digunakan kononnya dikembalikan kepada penderma pada Ogos 2013, lama sebelum transaksi pemindahan wang SRC International dibuat.

"Berdasarkan bukti ini sahaja, kini terdapat satu kes prima facie yang jelas untuk mendakwa perdana menteri kerana terlibat dengan aktiviti rasuah atau pecah amanah, dan ia adalah penting untuk Najib membuktikan yang beliau tidak bersalah di mahkamah," kata Pua.

Pua berkata Apandi akan menyalahgunakan kuasa budi bicaranya untuk menerima alasan yang tidak meyakinkan dan bercanggah Najib dengan tidak membenarkan mahkamah membuktikan kebenaran. 

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14