Skip to main content

?????? Renungan

Anim suka dengar Ustaz Ebit Lew di Radio IKIM. Bila bercerita tentang Nadia (entry ke Beijing) , Anim nak share Bab 4 dalam buku yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew dalam "Tangisan Umat".

-----------------------------------------------------------------------------------
Pernahkah kita menangis apabila melihat orang bukan Islam disekeliling kita mati tanpa sempat mengenali dan sujud kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa?

Seorang yang hidupnya dipenuhi dengan kesusahan, penderitaan sehinggakan dengan airmukanya saja orang lain dapat merasai masalah yang ditanggungnya. Sebahagian manusia seperti ini diuji dengan kesusahan di dunia ini.

Kita menangis apabila melihat atau mendengar kesusahan mereka, kehilangan keluarga, hidup merempat, kebuluran, tiada tempat tinggal dan cacat anggota badan. Kita sedih, sayu, menangis dan tertanya-tanya bagaimana mereka tabah meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Ya ALLAH kasihanilah mereka. Hakikat sebenarnya apabila datang kematian maka berakhirlah kesusahan di dunia mereka.

Kita menangis apabila melihat orang tiada makan dan minum. Itu naluri manusia dan kita wajib membantu. Seorang yang tidur dalam keadaan kenyang tetapi jirannya tidur dalam keadaan lapar, orang tersebut akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Mati kebuluran tanpa dapat makanan dan minuman tidak jadi sebab untuk seorang masuk neraka tetapi seorang mati tanpa iman, mereka akan dicampak ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Ya ALLAH kasihanilah umat ini, dalam setiap jam ada orang yang mati tanpa sempat mengenal KAU sebagai Tuhan.

Teringat saya ketika mendengar satu ceramah yang sangat memberi kesan kepada hati saya sehingga hari ini. Disampaikan oleh seorang da'ie bernama Ibrahim Kobe. Beliau berasal dari Kobe, Jepun. Semasa datang dan berceramah di Malaysia, beliau menangis dan berkata,

"Kamu orang yang zalim. Kami orang Jepun berusaha berfikir untuk memenuhi segala keperluan hidup kamu seperti kipas, penghawa dingin, peti ais, mesin basuh dan pelbagai barang lagi. Kami mengeksport barang ini untuk keperluan dan keselesaan hidup kamu. Tapi kamu ada satu perkara yang lebih besar dan mahal dari segalanya iaitu ISLAM. Tetapi kamu tidak berusaha untuk eksport dan kongsikan dengan kami. Ibu dan ayah kami akan masuk neraka selamanya kerana tidak sempat mengenali Allah SWT. Kamu tidak pernah berusaha supaya ISLAM sampai pada kami. Kami akan dakwa kamu," beliau menangis yang amat sangat.

Ketika sahabat saya berdakwah di Eropah, mereka telah sampai ke satu tempat dan di situ berjumpa dengan seorang pemuda yang telah memeluk Islam. Kemudian dia membawa sahabat saya tadi ke satu kawasan perkuburan Kristian. Sahabat saya terkejut dan dia menunjukkan kubur ibubapanya. Pemuda tersebut menangis dan berkata,

"Mak dan ayah saya lebih baik dari saya tapi mereka meninggal dunia tanpa sempat kenal Tuhan yang sebenarnya. Mereka akan masuk neraka. Jika kamu datang lebih awal, insya Allah mereka sempat masuk Islam." Sahabat saya dan jemaahnya mula menangis.

Imam Al-Ghazali berkata, jika ada orang mati dihujung dunia tanpa iman maka setiap orang Islam akan dipertanggungjawabkan. Pernah satu ketika Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam bangun berdiri dan menangis ketika melihat mayat daripada kaum Yahudi sedang diusung ke tanah perkuburan. Walaupun satu orang dari umatnya mati tanpa iman menyebabkan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam menangis dan bersedih.

P/S Nak bercerita (berdakwah) kat rakan sekerja pun kadang-kadang tak terkeluar ayat dari mulut. Dalam bukunya, Ustaz Ebit Lew menulis perkara ini terjadi kerana orang Islam sendiri tidak dapat menikmati nikmat Islam maka menyebabkan mereka tiada keinginan berdakwah dan tiada keinginan untuk melihat semua umat Nabi Muhamammad Sollallahu Alaihi Wassalam terselamat dari azab Allah SWT. Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ...