Skip to main content

Cablecar, Ropeway dan Cruise

Add caption
setelah bermalam di Nakagora, Program hari ini ialah melawat tempat menarik di Hakone dengan menaiki  Cablecar  dari Bandar peranginan Gora ke Soanzan yang mengambil masa setengah jam. Dari situ menaiki Hakone Ropeway yang mempunyai 4 stesen. Dari atas Ropeway akan dapat melihat Gunung Fuji yang sentiasa di selaputi Salji sepanjang tahun.  singgah di stesen Owakudani untuk melihat  Natural Hot spring hasil dari letupan gunung berapi yang masih mengeluarkan lava yang panas. Kepanasan air boleh dijadikan tempat merebus telor, ramai pelancong yang membeli telor rebus dari kolan hot spring. Setelah puas menikmati suasana gunung berapi dengan udara yang sangat sejuk hingga ketulang hitam, meneruskan perjalanan ke Tasik Ashi dengan menaiki Ropeway untuk ke stesen Togendai Ko ditepi tasik Ashi untuk menaiki Cruise di tesik di Tanah tinggi yang mempunyai 3 jeti pendaratan. Hokone adalah kawasan perginungan yang menarik dan menjadi destinasi pelancong dari luar
Hot spring telah menjadi tempat merebus telor
Mek Salleh sedang makan Telor rebus dari Hot Spring

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Maktab Wan Jah

Setelah membuat lawatan keatas 4 buah sekolah, ini satu sekolah memberi surveniar, hehe