Skip to main content

Pengurusan Masjid Di Malaysia













Tadi selepas menziarahi sahabat yag menjalani pembedahan Jantung di IJN, singgah di Masjid Al Rahman yang terletak di sebelah pintu masuk Universiri Malaya. sebuah masjid di bina untuk warga UM berjamaah dan hampir menjadi mangsa pembangunan kerana hampir di robohkan di Zaman Samy Vello menjadi Menteri Kerjaraya. Ini berlaku kerana projek untk membesar jalan akibat dari kesesakan dijalan sekitar KL. Cadangan perobohan terpaksa dibatalkan kerana bantahan masyarakat Islam. Selesai menunaikan Solat Zohor telah membuat tinjauan di sekitar Masjid. Dengan keadaan kemudahan di masjid amat mendukacitakan. Tandas yang kotor, ada tandas yang rosak, siling yang bocor dan amat memalu. Beberapa keping gambar telah diambil untuk kenangan. Pengurusan Masjid yang sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana kedudukan masjid ni berada di kawasan masyarakat yeng berilmu, kedudukan ditengah bandaraya yang termaju di Dunia (kenyataan Be End kut) Kutipan tabung masjid bagi setiap minggu tidak kurang dari RM3,000. kenapa keadaan kemudahan yang disediakan amat memalukan umat islam. Semua pegawai masjid di beri Gaji bulanan oleh kerajaan dan tanpa menggunakan wang tabung masjid. Kenapa jadi begini sedang ugama islam menuntut umat nya menjaga kebersihan dan kesempurnaan hidup. di sini wang bukan masalahnya. tapi manusia yang bermasalah.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ...