Skip to main content

Dari Blog : Sedaka Sejahtera

Tun M Makin Terdesak Dengan Kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Dzaiddin Abdullah.. Apa Tindakan Bakal Diambil Oleh Tun M Seterusnya???

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi.

[Kenyataan ini dari Mulut PM malaysia yang paling lama memerintah: Apa komen anda]

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ...