Skip to main content

Pre Olampik 2012

Malaysia kecundang lagi selepas berjaya merangkul Pingat Emas Sukan SEA. Pujian yang keterlaluan telah membunuh semangat dan kesungguhan pemain kerana dibuai mimpi palsu. Setelah kecundang dengan Syria ditutup dengan seribu alasan. Semalam pasukan Harimau Malaya sekali lagi kecundang dengan jaringan 2- 3 kepada pasukan Bahrain yang merupakan pasukan yang lemah dalam kumpulan. Setelah mendahului pasukan lawan dengan 2 - 0, pemain muda Malaysia di buai mimpi. kerana pasukan Bahrain telah tewas dalam semua perlawanan pusingan kelayakan. Pengulas sukan othodok Malaysia menyatakan (ketika pasukan Malaysia mendahului pasukan Bahrain) "Dengan kekalahan pasukan Bahrain kepada pasukan malaysia, pasukan Bahrain akan tersingkir dari persaingan kelayakan ke Sukan olampik 2012 kerana pasukan Bahrain telah tewas kesemua perlawanannya sebelum ini. Menyampah mendengar ulasan oleh pengulas sukan ini dalam mana2 perlawanan pun, ulasan yang tak profesional langsung. Pasukan Bahrain telah mengajar pasukan Malaysia yang bodoh sombong dengan 3 jaringan dalam tempoh 6 minit hanya dengan 10 pemain kerana seorang pemainnya telah diperintah keluar padang kerana mengkasari pemain Malaysia. Ini lah gambaran sebenar mutu, sikap pemain dan belaci-belaci ....................

Harap peminat dan penyokong Bola Sepak di Malaysia tidak menjadi penyokong othodok.


Lihat Ulasan: Harimau Malaya kena sembelih

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Jenis-Jenis Tarannum

B erikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.   Ajam  – Ajam ( عجم ), Jiharkah ( جهاركاه ), Shawq Afza (  شوق افزا  atau  شوق أفزا ) Sikah  – Bastanikar ( بسته نكار ), Huzam ( هزام ), Iraq ( عراق ), Mustaar ( مستعار ), Rahat El Arwah ( راحة الارواح  atau  راحة الأرواح ), Sikah ( سيكاه ), Sikah Baladi ( سيكاه بلدي ) Bayati  – Bayatayn ( بیاتین ), Bayati ( بياتي ), Bayati Shuri ( بياتي شوري ), Husseini ( حسيني ), Nahfat ( نهفت ), Nawa Nahawand  – Farahfaza ( فرحفزا ), Nahawand ( نهاوند ), Nahawand Murassah ( نهاوند مرصّع or  نهاوند مرصع ), Ushaq Masri ( عشاق مصري ) Rast  – Mahur ( ماهور ), Nairuz ( نوروز ), Rast ( راست ), Suznak ( سوزناك ), Yakah ( يكاه ) Hijaz  – Hijaz ( حجاز ), Hijaz Kar ( حجاز كار ), Shadd Araban ( شد عربان ), Shahnaz ( شهناز  or شاهناز ), Suzidil ( سوزدل ), Zanjaran ( زنجران ) Saba  – Saba ( صبا ), Saba Zamzam ...