Setelah 4 malam berulang alik ke BTPN Kedah untuk menyiapkan kertas kerja dan Laporan Pemantauan di Negeri Kedah. Program berjalan dengan baik dan semua pegawai memberi kometment penuh terhadap tugas masing-masing.
3 July 2018 Laksanakan t/jawab & jangan ingat nak balas dendam saja... Kerajaan Pakatan Harapan diingatkan supaya tidak membalas dendam ketika melaksanakan tanggungjawab menyiasat semua skandal berkaitan institusi kerajaan kata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang. Menurutnya, segala tindak tanduk kerajaan perlu adil dan tidak boleh menyamaratakan kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu terhadap pegawai-pegawai kanan kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC). Beliau membangkitkan perkara ini memandangkan wujudnya penindasan dan salah guna kuasa kerajaan terdahulu terhadap mereka yang tidak bersalah khususnya pembangkang yang kini telah membentuk kerajaan baru. “Di samping kerajaan Pakatan Harapan perlu jalankan siasatan, menyingkirkan dan mengheret mereka yang didakwa bersalah ke muka pengadilan seperti dalam skandal 1MDB, Felda dan Tabung Haji kita perlu berhati-hati. “Jangan sampai dilihat membalas dendam terhadap semua orang – mungkin di kalangan mereka
Kenapa, bila, siapa, adakah kita, pelupa, depa, desparada, sentiasa teraba-raba, entah dimana-mana, adakah ini puncanya - menyebabkan orang Melayu jadi malas, penakut, tidak berani menentang, tidak kritis dan yes tuan kerana kita sejak dulu di ajar dengan sembah takzim, ampun berjuta ampun, tunduk dan angkat tangan sembah, meniarab melutut. Kita dilengkongi khurafat dan bidaah, syirik kononnya itu adalah adat.
KOLUM Merakam sejarah: Projek 'sailang' Mahathir Hishamuddin Rais | Diterbitkan 25 Jul 2018, 10:10 pagi | Dikemaskini 26 Jul 2018, 3:39 petang Item 1 Item 2 Item 3 A + A - Dalam dewan hotel di Petaling Jaya, keadaannya sibuk, sibuk, sibuk. Ada tiga ruang. Satu untuk pucuk pimpinan. Satu dewan tengah yang luas untuk para YB dan penyokong. Di sini juga dijadikan dewan makan untuk minum teh dan kopi. Satu lagi dewan – kecil sedikit daripada dewan makan - dengan terpampang skrin besar untuk menonton keputusan PRU14. Saya mundar-mandir. Dari skrin itu saya perhatikan saluran televisyen kerap dialih-alih kerana ramai kurang sabar menunggu keputusan. Ketika itu sabar bukan komoditi yang laris. Apabila saja diumumkan keputusan saya terdengar sorak gegak-gempita. Ertinya calon Pakatan Harapan telah menang. Kira-kira jam 10 malam semakin jelas Pakatan Harapan ialah kerajaan baru. United Malays National Organisation, Najib dan Rosmah tela
Comments