Banyak Pula Tetamu Hari Ini

Boss tak ada tak masuk pejabat hari ni kerana ada program diluar pejabat. Pejabat telah menerima 2 tetamu. Oleh kerana boss tak ada. Terpaksalah melayan dua tetamu tersebut. Student post graduan peringkat Phd dari UiTM ingin mendapat maklumat bagi menyiapkan pengajian nya yang difokus kepada Internal Audit oleh itu bahan dan maklumat berkenaan IA perlu disediakan untuk rujukan dan semakan beliau. Tetamu kedua ialah Pegawai Kanan dari BTP, KPM. yang lebih menjurus untuk mendapat pandangan dan khidmat nasihat disegi pengurusan dan kawalan kewangan mengikut peraturan kerajaan. Perkara ini perlu diteliti supaya isu yang dibincangkan diputuskan dengan tepat dan mematuhi peraturan yang masih berkuatkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14