Tektik Penipu

Ni nak bagi tau kengkawan..jaga-jaga sekit bila terjumpa orang 'Politik' kat Pudu Raya. Hamba sahaya yang biasa-biasa ajer ni…nak kata tak was-was, pun 'terkena' jugak. Tapi itulah gara-gara orang 'cerdik' dari kita lagi adanya… Dok tengah rileks dan khusyu' baca 'paper' kat bangku di PuduRaya, betui-betui depan kaunter tiket tuu..sejuk sikit, ada angin 'air-con'. Nak tunggu bas lagi 45 minit lagi. Tup-tup datang pak cik ni, duduk di bangku selang satu beg aku. Dia terus tegur..tanya khabar..Terencat sekejap aku kerana dok tengah asyik baca 'paper'. Macam biasa, orang Melayu, kita sambutlah teguran, dia tanya, balik mana?. Pukul berapa? Kerja KL ker? Buat bisnis aper? Yang dia pulak, nak balik Pahang,baru antar anak masuk UITM kat Shah Alam, semester II. Pas tu dia ajak pi minum. Saya kata tak sempat, lagi 30 minit bas nak jalan. Dia kata tak per…dan lagi. Cakap dia slang orang Kelantan. Jadi duduklah kat kedai kopi dalam PuduRaya, dia pilih nun yang penghujung pintu keluar masuk. Sambunglah citer dia, dia peneroka kat Rompin. Dia pun buat bisnis beli barang dari Siam, baju, minyak angina, jual di Felda Rompin. Tak pasal-pasal dia sebut dia pun orang kuat politik. Dia pun sebut-sebutlah nama entah aku pun tak kenal. Tetiba, di mintak pinjam HP aku kerana bateri HP dia dah habis. Dia nak telepon anak dia. Dia pulak buka HP dia keluarkan SIM kad dier nak masukkan dalam HP aku. Aku buka HP aku cabut kad aku, aku serah kat dier HP aku. Aku letak cover kat aku. Aleh-aleh dia bangun, kata nak isi kredit…dah abis. Dia keluarkan duit RM10 dia sambil bangun nak ke kedai sekejap. Aku biarkan dia, tak perasan aper-aper. Tak sampai seminit dia datang balik, aku tak perasan lagi, dia ambil cover HP aku. Nak beli kredit. Tunggu punya tunggu, dah hampir 15 nak masuk 20 minit tak Nampak batang hidung…baru terdetak hati aku dah kena lah tu!...memang betui…last-last, air kopi-o-ais dia tak tersentuh pun aku kena bayar, bas dah masuk dock. Jadi aku belah. HP kena kebas, air dier aku kena bayar….nasib baik kad aku tak lesap jugak. Jadi untuk peringatan kengkawan kat PuduRaya atau dimana-mana ajer anda berada..AWAS! dengan karaktor ini. Macam mana kita berhati-hati pun depa lagi cerdik… Yang kenakan aku ini: Orangnya gaya ada keturunan india, gelap, pendek, fasih berbahasa Melayu pelat Kelantan. Pakai kopiah lagi, rambutpun dah nak putih. Kenalkan dirinya sebagai Haji…entah aku pun lupa nama dia. Mengaku kononnya orang Kelantan, Kg. Kok Lanas…haritu pakai baju tee kolar. Usia pun dah agak 50-53 tahun…dah tua tu! Kalau anda rasa-rasa anda terserempak dengan orang yang 'modus-operandi' nya seakan-akan tu…jangan terus mengelak, cuba ikut main-main rentak dia dan tengok macam mana dia gelabah…kalau dapat perangkap lagi kaw!.. Aku, jangan tanya lah!...sesal tak sudah,..macam-macam KL-Kuala Lumpur nih! Inilah sekadar aku dapat nolong kaum aku…Kalu kena tegur, hati-hati!

Comments

Popular posts from this blog

dari Blog; Tumpang sekole

Jiwa Hamba

Catatan "Hishamuddin Rais" Malam Keputusan PRU 14