Hari TM MSC mengadakan Hari Keluarga 2009 di Desa Water Park, KL, Seharian hari ni kat Water Park, Banyak Aktiviti dijalankan untuk Dewasa dan Kanak2. Cabutan Hadiah Bertuah juga disediakan. Hadiah utama untuk cabutan bertuah diatas pentas menanti staff yang bertuah. Rupanya tidak tuah, balik dengan tangan kosong aje, tapi tak apa la enjoy juga
Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.
Comments