Skip to main content

Hari Ini, Bagaimana Isna miah wa Khamsun

Jenis-jenis wanita
Imam Al-Ghazali ada mencatatkan, jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya.
1) wanita Ananah
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit untuk kepentingan dirinya.

2) wanita Hadaqah
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginan untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

3) wanita Mananah
Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “aku membuat ini keranamu”..

4) wanita Baraqah
Wanita ini ada 2 makna:
1- wanita yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya.
2- dia akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

5) wanita Hananah
Wanita ini mengatakan kasih-sayangnya kepada suaminya yang lain yang dikahwininya sebelum ini, atau kepada anaknya daripada suaminya yang lain.

6) wanita Syadaqah
Wanita ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai sifat suka banyak cakap dan tidak menentu serta bising.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Ronda2 Alor Setar

Telah 5 bulan tak balik ke Alor Setar. Foto Stesen Bas UTC yang menjadi tempat tumpuan di tahun 70 an kerana bangunan ini lah menjadi Stesen Bas utama untuk ke Destinasi seluruh negeri kedah. Syarikat Bas UTC merupakan syarikat Bas Utama di Negeri kedah. Nama UTC telah menjadi sejarah kerana syarikat ini telah di tutup dan diambil alih oleh Syarikat Bas HBR yang hany tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Bangunan ini telah diambil alikh oleh Syarikat HBR, banyak kedai yang beroperasi di bangunan ini telah ditutup apabila fungsi bangunan ini sebagai stesen bas telah ditamatkan dan stesen bas berpindah ke Shahab Perdana.

Maktab Wan Jah

Setelah membuat lawatan keatas 4 buah sekolah, ini satu sekolah memberi surveniar, hehe