TUESDAY, 5 APRIL 2016 GST, Kos Hidup Hidup Tinggi, Rakyat Derita, Masyarakat Sengketa, Pemimpin Berdusta dan Berfoya foya Saya ada ketika Dr Mahathir, umur 91 tahun, berucap diatas lori dalam kawasan Dataran Merdeka. Orang ramai berhimpun untuk membantah GST dan mendesak Najib undur. Himpunan kali ini tidak seramai himpunan Bersih. Suhu yang terlalu panas dan isiu yang teknikal, mungkin menyebabkan himpunan tidak sehebat himpunan Bersih. Orang ramai lebih menyukai isiu yang lebih besar atau the big picture perspective; yakni segala musibah yang melanda negara hari ini disebabkan oleh Najib Tun Razak. Oleh yang demikian, prioriti rakyat ialah melihat Najib di keluarkan dan diganti oleh sebuah kerajaan yang mengujudkan persekitaran dan iklim sosial yang lebih baik. Orang yang menyebabkan keadaan negara kita seperti sekarang ini ialah Najib Tun Razak. Dan ketika Dr Mahathir berucap, saya tidak dapat elak dari memikirkan bahawa ini juga silap Dr Mahathir. ke...