Skip to main content

Posts

Beteri Pula

Beteri baru, rasa-rasa beteri lama tak la lama sangat, tak sampai 2 tahun dah kena tukar. Ada rupa ada gaya, tapi harga merana............... Semalam ke Puchong untuk urusan di atas, semua urusan dan tempahan akan diterima dalam tempoh 2 bulan kerana banyak urusan dan prosedur perlu diselesaikan, banyak sangat karenah yang perlu di bereskan. Pagi tadi nak start kereta P*****a, beteri pula buat hal, kena tukar beteri baru dengan harga RM165.00. W**a belum selesai lagi masih kat workshop, dengan saman polis dan JPJ juga berserabut, semua tu duit-duit, apakan daya dah jadi rakyat Malaysia yang di perintah oleh B end, dah tak hendak berubah. terima lah nasib kau Labu....................

Selamat sampai ke Putrajaya

Perjalanan semalam dengan kapalterbang. Flight terlewat sedikit, Cuaca baik, tetapi dalam perjalanan telah mengalami kapal terbang yang bergoyang dalam tempoh yang lama kerana awan yang tebal berbanding semasa perjalanan ke Alor Setar yang juga mengharungi awan yang tebal menyebab kan kapalterbang bergoyang agak kuat tetapi tempoh nya tak begitu lama berbandaing dengan perjalanan balik semalam. Alhamdulillah kapalterbang dapat sampai ke KLIA dan mendapat dengan selamat.

BTPN Kedah

Setelah 4 malam berulang alik ke BTPN Kedah untuk menyiapkan kertas kerja dan Laporan Pemantauan di Negeri Kedah. Program berjalan dengan baik dan semua pegawai memberi kometment penuh terhadap tugas masing-masing.

Exit Di PPD Jitra

Program di Rancang dan akhirnya selesainya program setelah berkampong di BTPN selama 5 hari dan di akhir sessi ia itu Exit Conference dengan pegawai di Daerah Kubang Pasu, ini lah buah tangan dari tuan rumah untuk semua pegawai, terima kasih daun keladi, kalau ada mau lagi hehehe. Tapi ada juga yang balik tangan kosong, tapi bukan la mengharap sangat, kalau ada tu bagus juga....................

Program Di Kedah

Telah 5 hari berada di Kedah, Cuaca yang panas dan kering amat memenatkan semasa menjalankan tugas luar, Lawatan ke Sekolah di daerah Kubang Pasu dan Sekitarnya. Rupanya setelah 54 Tahun kita Merdeka dan di perintah oleh Parti yang terbesar di Dunia selama 50 tahun lebih masih ada rakyat yang mendiami rumah yang amat dhaif dengan kemudahan yang amat menyedihkan. Adakah kita masih tidak mahu berubah dan merubah fahaman khurafat yang telah lama ditanam dalam minda rakyat marhin yang dianggap sebagai peminta sedekah