Skip to main content

Posts

Penggunaan Nama "Allah" oleh Non Muslim

Perbincangan mengenai tajuk diatas memerlukan kefahaman yang tinggi dalam Agama Islam. Penggunaan Nama Allah oleh Non Muslim tidak memerlukan kerisauan kita sebagai orang islam. Yang penting kita sebagai orang islam adakah telah memahami dan mengamalkan tuntutan Agama islam sepenuhnya. Jangan kita hanya ingin mempertahankan nama "Allah" sahaja, tetapi kita menolak tuntutan dalam Agama Islam disegi akidahnya, ibadatnya, muamalatnya, munakhahatnya. sama-sama kita renungkan.

Ulasan Menteri Agama Islam Hadhari

Kes Lembu Qurban MB selangor, anda dengar ke Ulasan Menteri Islam Hadhari Malaysia. Budaya Guna Khazanah Negara oleh Pemimpin Politik @U**O 8 untuk majlis: i) Majlis Berbuka puasa ii) Jamuan Hari Raya iii) Sumbangan Lembu Qurban Cuba kita semak rekod sejak merdeka hingga kini, sebelum kes MB selangor Tan Sri Khalid, Budaya ini dah jadi darah daging .................................... Dunia dah tau, usah berselindung dengan lembu Qurban Tan Sri Khalid Kah, kah, kah................... tiru gaya Tukar Tiub

Derhaka dan Raja

Adaka anda jenerasi tahun 50an dan 60an, jika Ya, masihkah kah anda ingat krisis perlembagaan untuk menghapuskan kekebalan Raja-Raja melayu, angkara siapa?, bagaimana Raja-raja melayu di H**A, Orang Melayu yamg marhin dijadikan kuda tunggangan dan kini Orang Melayu yamg marhin dijadikan kuda tunggangan sekali lagi. Sejarah tidak pernah berbohong. Dizaman internet ini peristiwa tersebut telah tersurat dan tersebar dengan lebih meluas. Adalah amat memalukan kerana mereka-mereka yang buat-buat lupa sejarah sedangkan gulungan ini yang mencipta sejarah tersebut dan masih lagi menungkat langit. Cuba kita renungkan dan cuba-cuba lah mendongak kelangit dan meludah, dimanakan air ludahan itu akan jatuh

Bola Sepak Kedah Musim 2009

Apa dah jadi dengan bola sepak kedah, juara berganda 2 kali/ 3kali? adakah gelaran itu akan berkubur. Permulaan musim 2009 dengan perlawanan piala sumbangseh dengan selangor , hingga kini 10.23 malam kedah dah kena belasah oleh selangor dengan 4 - 0, apadah jadi Azraai koh,bermulaan yang amat mendukacitakan .

Maal Hijrah , Tahun Masehi

Semalam, sebelum solat magharib umat islam beramai berdoa diaakhir tahun Hijrah dan selepas magharib berdoa untuk menyambut tahun baru hijrah 1430, walau pun ada kalangan kita yang menganggap amalan itu adalah bidaah, tetapi ia tidak bertentangan dengan prinsip berdoa, maka adalah lebih baik berdoa dari tidak berdoa, kita berharap bermulanya tahun hijrah 1430, umat islam akan menjadi umat yang lebih berpegang kepada ajaran islam dan Allah s w t a akan membantu umat islam membangun daulat islam di muka bumi ini, amin.