Sejarah PRU14
Punca KEJATUHAN NAJIB didedahkan ‘ I love PM’- pengalaman saya. Semasa bekerja di GLC, kami kerap didatangi oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan majlis pembukaan rasmi projek baru oleh PM. Pegawai inilah sebahagian dari 17,000 political appointees oleh Kerajaan BN. Walaupun pernah mengendalikan majlis sedemikian semasa bertugas didalam Kerajaan, saya agak terkejut kerana sangat berbeza seperti apa yang saya alami di GLC ini. Tata kewangan Kerajaan sangat ketat dan semua pegawai kerajaan tertakluk kepada prosidur kewangan yang ditetapkan oleh MOF. Setiap peringkat pegawai mempunyai kuasa dan had kewangan yang diluluskan sehingga keperingkat Menteri Kewangan. Kuasa Menteri Kewangan tiada hadnya dan ‘the buck stops there’. Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia dari segi kelulusan kewangan dan boleh menganugerah kontrak kepada sesiapa tanpa had, mengikut ‘his whims and fancy’. It