Perak di serang musim Durian Melihat pokok Durian yang lebat buah nya di sebelah Kolej Vokasional, Ipoh, teringin nak makan buah durian Perak. Semasa perjalanan balik dari Ipoh telah melalui jalan biasa dari Behrang hingga Rayang, banyak gerai-gerai menjual buah Durian di sepanjang jalan walau pun musim Durian baru saja bermula dan belum sampai musim puncak lagi. Telah singgah di 2 buah gerai. Harga Durian kampong masih lagi mahal. Di gerai pertama hari secara timbang sekilo RM5.00 dan di Gerai ke 2 dengan harga RM4.50. Keputusannya setiap gerai beli 2 biji. Hasilnya seperti Foto. 3 biji isi nya cukup elok dan sebiji lagi isi nya keras, REZEKI...................