Imam Hasan al-Basri RA berkata, وقفت على بزاز بمكة أشتري منه ثوباً، فجعل يمدح ويحلف، فتركته وقلت: لا ينبغي الشراء من مثله، واشتريت من غيره، ثم حججت بعد ذلك بسنتين، فوقفت عليه، فلم أسمعه يمدح ولا يحلف، فقلت له: ألست الرجل الذي وقفت عليه منذ سنوات؟ قال: نعم، قلت له: وأي شيء أخرجك إلى ما أرى؟ ما أراك تمدح ولا تحلف! "Aku singgah pada bazar di Mekah dan aku ingin membeli pakaian disitu. Maka seorang peniaga kain di Mekkah yang ada disitu mulai memuji-muji barangnya dan bersumpah (akan kebaikan barangnya), lalu akupun meninggalkannya dan aku berkata tidak patut aku membeli dari orang seperti itu lalu aku pun membeli pakaian dari penjual yang lain. Kemudian aku menunaikan haji sekali lagi selepas dua tahun dan singgah lagi pada peniaga tersebut. Kali ini aku aku tidak lagi mendengarnya memuji-muji barangnya dan tidak pula bersumpah-sumpah akan kelebihan barangannya. Maka aku pun bertanya kepadanya: “Bukankah engkau dulu orang yang pernah aku jumpa beberapa tahun yang lalu?”, Dia