Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang. Apa yang perlu ditukar masa servis kereta. 1. Minyak hitam. Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km. 2. filter - sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5000km Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter) 3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book! Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji... 4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu