Tapau Bihuun dan kueh yang disediakan oleh Sekolah untuk bawa balik makan di bilik Hotel Taklimat untuk PT Sekolah di daerah Kulim selesai. Program seterusnya didaerah Kuala Mula bertempat di SMK Sg. Layar. Berkelana di Hotel Park Avenue SP selama 2 malam.
Iman Masjid Nabawi akan mengimamkan Solat Maghrib dan Isya di Masjid Putra pada hari Jumaat. Alhamdulillah dapat bersolat berimamkan Iman dari Masjid Nabawi dan dapat merasai Solat seperti solat semasa mengerjakan Umrah pada tahun lalu. Jamaah mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Syeikh Solah.
Kehadiran peserta untuk taklimat/bengkel untuk PT sekolah2 didaerah Segamat amat mendukacitakan. Dari 40 yang di jemput hanya 3 orang sahaja yang hadir. Dimana silap atau tidak mendapat kerjasama dari PPD.
Program Taklimat seterusnya bagi PT Sekolah di Daerah Segamat, tetapi internet bermasalah menyebabkan Latihan secara hands-on tidak dapat dilaksana dengan baik.
Taklimat hari ketiga, PT dari sekolah2 di Daerah Mersing. Program terpaksa dilewatkan kerana jarak yang jauh menyebabkan berlaku kelewatan tiba peserta dari mersing yang perjalanan mengambil masa melebihi 2 jam. Peserta yang datang dengan bas hanya tiba jam 9.00 pagi dan diberi masa untuk sarapan. Taklimat hanya dapat bermula jam 9.30 pagi.