Transit 1
Perjalanan bermula dari KLIA , flight bergerak jam 12.30 thari menuju keJakarta dengan mengambil masa lebih kurang 3jam.30 minit. Setelah mendarat di LTA Sukarno-Hatta untuk menurun dan mengambil penumpang. Transit di Jakarta selama 1 jam, semua penumpang transit diarah turun dari pesawat. Di Kesempatan ini semua ahli rombongan menunaikan solat Zuhor dan Asar secara Jamak dan Qasar. Dewan solat yang satu dan sempet menyebabkan jamaah lelaki dan Wanita bergilir2 untuk bersolat. dengan keluasan yang amat terhad yang boleh memuatkan jamaah tidak lebih dari 10 orang bagi sesuatu masa menyebabkan ketidak selesaan yang amat sangat. Bagitu lah kemudahan solat yang disediakan oleh sebuah Negara yang mempunyai penganut Ugama Islam yang paling ramai dengan majoriti melebihi 90%. Selepas selesai solat, penumpang2 dipanggil untuk menaiki pesawat untuk meneruskan penerbangan menuju ke Dubai, UEA. Penerbangan menuju Dubai mengambil masa melebihi 8 jam.