Posts

Showing posts from February, 2011

Nak Demam Pula

Cuaca tak menentu membuat rasa badan tak sihat

Beteri Pula

Image
Beteri baru, rasa-rasa beteri lama tak la lama sangat, tak sampai 2 tahun dah kena tukar. Ada rupa ada gaya, tapi harga merana............... Semalam ke Puchong untuk urusan di atas, semua urusan dan tempahan akan diterima dalam tempoh 2 bulan kerana banyak urusan dan prosedur perlu diselesaikan, banyak sangat karenah yang perlu di bereskan. Pagi tadi nak start kereta P*****a, beteri pula buat hal, kena tukar beteri baru dengan harga RM165.00. W**a belum selesai lagi masih kat workshop, dengan saman polis dan JPJ juga berserabut, semua tu duit-duit, apakan daya dah jadi rakyat Malaysia yang di perintah oleh B end, dah tak hendak berubah. terima lah nasib kau Labu....................

Selamat sampai ke Putrajaya

Perjalanan semalam dengan kapalterbang. Flight terlewat sedikit, Cuaca baik, tetapi dalam perjalanan telah mengalami kapal terbang yang bergoyang dalam tempoh yang lama kerana awan yang tebal berbanding semasa perjalanan ke Alor Setar yang juga mengharungi awan yang tebal menyebab kan kapalterbang bergoyang agak kuat tetapi tempoh nya tak begitu lama berbandaing dengan perjalanan balik semalam. Alhamdulillah kapalterbang dapat sampai ke KLIA dan mendapat dengan selamat.

WIRA

Ke Bengkel kereta untuk melihat kereta yang rosak dan memerlukan pembaikan yang melibatkan kos yang tinggi. pilihan antara tukar engin atau Overh.....

BTPN Kedah

Image
Setelah 4 malam berulang alik ke BTPN Kedah untuk menyiapkan kertas kerja dan Laporan Pemantauan di Negeri Kedah. Program berjalan dengan baik dan semua pegawai memberi kometment penuh terhadap tugas masing-masing.

Exit Di PPD Jitra

Image
Program di Rancang dan akhirnya selesainya program setelah berkampong di BTPN selama 5 hari dan di akhir sessi ia itu Exit Conference dengan pegawai di Daerah Kubang Pasu, ini lah buah tangan dari tuan rumah untuk semua pegawai, terima kasih daun keladi, kalau ada mau lagi hehehe. Tapi ada juga yang balik tangan kosong, tapi bukan la mengharap sangat, kalau ada tu bagus juga....................

Program Di Kedah

Image
Telah 5 hari berada di Kedah, Cuaca yang panas dan kering amat memenatkan semasa menjalankan tugas luar, Lawatan ke Sekolah di daerah Kubang Pasu dan Sekitarnya. Rupanya setelah 54 Tahun kita Merdeka dan di perintah oleh Parti yang terbesar di Dunia selama 50 tahun lebih masih ada rakyat yang mendiami rumah yang amat dhaif dengan kemudahan yang amat menyedihkan. Adakah kita masih tidak mahu berubah dan merubah fahaman khurafat yang telah lama ditanam dalam minda rakyat marhin yang dianggap sebagai peminta sedekah

kereta ooooo kereta

Image
tak boleh start pula ni, walau bagaimana pun, kereta telah banyak memudahkan pergerakan sepanjang berada di Alor Setar

Hosba

Image
Penat dan Panas adalah gambaran sepanjang menjalankan tugas pemantauan di Negeri Kedah kerana bulan Januari hingga Mac adalah musim kemarau yang melampau di kedah. Pemantauan SMK Hosba mencatat sejarah kerana bertemu dengan kawan semasa persekolahan dahulu, Kawan yang dah 30 tahun tak bertemu. Terima kaseh Cik Gu Rahim kerana masih mengenali dan juga Cik Gu yang sama-sama belajar di MA Kedah, walaupun saya tidak begitu mengenali Cik Gu. Juga Cik Gu Salhah dari Alor Merah.

Sejarah Tercatat

Mesyuarat yang tamat sebelum pukul 12.00 tengahari. Merupakan satu catatan rekod, kerana sebelum ini mesyuarat mesti akan tamat melebehi pukul 1.00 tengahari hatta hari jumaat pun akan tamat melebehi jam 1.00 tengahari. Tapi hari ini walaupun bukan hari jumaat, mesyuarat telah ditamatkan jam 11.10 pagi. Tapi esok jumaat, ada lagi mesyuarat, adakah akan ditamatkan sebelum pukul 1.00 tengahari, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Ayam Serama

Image
Tertunai Hajat, Sepasang dengan harga RM50.00, lain2 keperluan bernilai RM57.00

PICNIC

Image
Ke Hulu Langat di Pusat Rekreasi Sungai Congkak, hari cuti sempena Maulidur Rasul, ramai pengunjung, diperjalanan balik singgah beli buah durian dengan harga RM14.00 sekilo, sebiji yang berat 2 kilo lebih berharga RM30.00

Hujan Lebat Lagi

Petang semalam hujan lebat, petang ni Hujan lebat juga, mood nak ke Masjid jadi hilang

Karnival wow, Putrajaya 2011

Hari terakhir Karnival WoW, Hari terakhir, dan bercadang untuk pergi ke Karnival wow untuk melihat jualan dan pameran yang diadakan, tetapi cuaca panas sebelah pagi bertukar menjadi mendung dan sekitar pukul 6.00 petang hujan turun dengan lebatnya. Rancangan untuk ke Karnival terpaksa dibatalkan. Tak sempat la nak pergi kali ni

Bowling 2011 BAD, KPM

Image
Bowl Pandan Lake tempat pertandingan Bowling antara Cawangan BAD, KPM. Sambutan amat baik. Cawangan SS jadi Naib Juara. Perlawanan bermula jam 9.45 pagi dan berakhir menjelang jam 12.30 t. Hari.

Musim Demam

Cuaca yang panas dan berdebu menyebabkan ramai telah dihinggapi Demam, Dah dua hari demam dan kemarin Dr bagi MC sehari sahaja, hari ni terpaksa la ke ofis juga walaupun badan tak begitu sihat.

Esok Masuk Office

Image
Dah 9 hari tak masuk ofis, esok kena masuk ofis setelah berihat dan balik kampong. Dah lama tak ke ofis, rasa malas dan tidak mood nak ke ofis tapi apa kan daya itu adalah hukum karma. Semasa di kampong banyak program perlu di selesaikan...... mengemas dan membersih Homestay yang lama ditinggalkan, ke Pejabat Tanah Baling untuk menjelaskan cukai tanah yang kosong, tapi penat saja kerana sampai ke pejabat dah pukul 3.45 ptg. kaunter bayaran telah ditutupkan walaupun waktu ofis sampai pukul 5.00 ptg. Nampaknya budaya pejabat kerajaan masih tidak berubah.

Kembali dari Kampong

Perjalanan yang memenatkan kerana masa yang panjang berada dijalanraya. Pemantuan dengan kadar kelajuan mengikut had yang dibenarkan amat menjemukan walaupun kelajuan boleh mencapai 150 km/j kerana keadaan kereta inshaallah selamat dengan kelajuan itu. tapi kereta dah balcklist untuk bayar roadtax. Terpaksalah memandu dalam kelajuan yang menjemukan.