Ramadhan oh Ramadhan
SIAPA BERTUAH SIAPA Muslim yang tidak datang ke masjid tidak pernah diendah dalam kerisauan. Bukan Muslim yang datang ke masjid, dihalau, dicaci penuh prejudis, dan dimurkai sesuka hati. Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, Doa Khutbah mahu dieksklusifkan, Masjid dan Surau mahu dieksklusifkan, hingga aku terbelenggu dalam fikiran, betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?