Skip to main content

Posts

Ayam Serama Menetas

Setelah tiga minggu Ayam serama betina mengeram 5 biji telor, petang tadi setelah balik dari ofis seekor anak ayam serama telah menetas. Untuk memastikan pembesaran anak ayam serama tidak terganggu, tempat khas untuk anak ayam perlu disediakan. up-date: Anak ayam serama telah mati petang tadi (30 Oktober 2011) punca kematian belum dipastikan lagi, kemungkinan kekurangan makanan kerana ibu ayam belum berkemahiran untuk membantu anak ayam makan,

Talam Corporation dan Desa Pandan

Apartment Lake Vielle tidak juga ke penghujung nya, dari Mercedes Workshp terus ke Menara Maxis segar untuk urusan menyelesaikan isu penyerahan Kunci apartment yang berlarutan hampir sepuluh tahun. Selesai urusan terus pula ke Desa Pandan, kena melilau dulu sebelum sampai ke Masjid Al Rahimah, Kampong Pandan. Perjalanan dari Desa Pandan ke Putrajaya melilau sakan dan berputar-putar di ampang untuk mencari laluan ke Putrajaya, sejam lebih melilau nak cari Lebuhraya MEX, tak juga jumpa, dan akhirnya singgah solat maghrib di R & R Seri kembangan.

Mercedes

PERDANA seiring dengan Merc, hehehe Setelah semua dokumen untuk tuntutan gantirugi kerosakan kerana kemalangan pada sehari sebelum Aidul Fitri, hanya hari ini baru ada kesempatan untuk menghantar kereta untuk dibaiki. Kereta terpaksa ditinggal kat Bengkel dan mengikut mekanik kerja2 membaiki akan mengambil masa selama seminggu, nampaknya masalah juga untuk ke tempat kerja. Kereta yang di tempah pun belum dapat lagi. Ini yang menyampah ni

Kursus Pre Persaraan

Selepas kembali dari bercuti Aidul Adha 1432 pada 8 hb November 2011, pada 9 hingga 11 November 2011, akan menghadiri Kursus Pre Persaraan, menjelang persaraan tahun 2014 nanti. Walau tahun lepas dah ada jemputan menghadiri Kursus seperti ini, tetapi bertindih dengan program lain menyebabkan Kursus Pre Persaraan di ketepikan. Tawaran kali ini ada lah sesuai kerana tarikhnya tidak bertembong dengan program lain. Selepas selesai kursus ini dan berihat 2 hari akan menghadir pula Bengkel BAD kali ke 2 yang akan di adakan di Genting Highland. Mengikut surat jemputan seramai 35 Pegawai Gred 48 hingga JUSA C yang akan bersara dalam tempoh 5 tahun akan datang, telah di jemput menghadiri Kursus ini. Lokasi yang di pilih oleh Bahagian Kaunseling dan Psikologi ialah di Hotel ALLSON Nilai, Negeri 9. Taraf hotel dan Lokasi tak begitu Mewah dan hanya bertaraf 3 bintang. Pemilihan Hotel ini mungkin atas perkiraan Bajet yang terhad, walaupun di segi kelayakan pegawai Gred 48 hingga JUSA C adalah berk...

Program Menjelang Tamat Tahun 2011

Masih terdapat program Utama tahun 2011 yang belum Selesai, Perancangan dan penyusunan yang terbaik perlu di gerakkan supaya pencapaiannya 100% dan Kualiti terbaik: Bengkel Tahunan di Genting Highland pada 14 hingga 18 November 2011 Program Pemantauan dan Beristerehat pada 31 Okt. hingga 3 November 2011, mungkin di pindah lokasi dan tarikh; pilihannya Kota Bahru Mesyuarat JKA Bil. 4/2011 tarikh tentetif ialah pada 19 Disember 2011. 3 Evant utama yang memerlukan perancangan dan komitment yang tinggi.