Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Pilihan Yang Tak Memilih

Persediaan Psikologi menghadapi persaraan kumpulan profesional dan Bengkel Thinking and presentation skills merupakan dua progran yang perlu dan dikehendaki hadir, kedua2 program ini diadakan pada tarikh yang sama ia itu 29 hingga 30 Jun 2010. Program pertama menjadi pilihan kerana ia lebih bersifat santai dan relaxs berbanding program kedua yang begitu menyesakkan kerana memerlukan komitment yang tinggi, program ini melibatkan gred pegawai yang jauh lebih tinggi. Ini memberi tekanan. Tetapi tiada pilihan walaupun seolah-olah ada pilihan kerana terdapat kuasa yang lebih untuk menyekat kuasa memilih. Maka terimalah seadanya dan insyaallah tidak membebankan....

Kembali ke Malaysia

Setelah hampir 20 hari berada dinegara yang sedang musim Summer dengan pusingan siangnya begitu panjang menyebabkan waktu malamnya yang menyelarukan akan memberi kesan kepada waktu tidur. Apabila tiba ke Malaysia pada malam semalam, penyesuaian waktu tidur masih tidak teratur telah menyebabkan badan merasa amat meletihkan.

Selamat Mendarat Di KLIA

Flight dari Airport Glasgow akan bertolak jam 2.30 petang waktu UK, Dari rumah di Stirling mulai bergerak ke Airport dengan kereta jam 11.30 pagi dan sampai di Airport jam 12.30 dan proses Checkh in menghadapi masalah lebihan timbangan, terdapat barang2 terpaksa ditinggalkan dan menyebabkan boarding dalam keadaan yang tergesa2. Flight mendarat di Airport Dubai jam 12.30 pagi dan flight sambungan akan bertolak jam 10.30 waktu Dubai. Ini bererti transit selama 10 jam. Solat Subuh di surat Airport dan breakfast di Emarites Cafe bagi penumpang2 yang transit diDubai melebihi 4 jam. Pukul 9.30 pagi waktu Dubai, Penumpang telah dipanggil untuk menaiki pesawat yang akan bertolak ke KL. Flight hanya mula bergerak pada pukul 11.00 pagi dengan perjalanan selama 6 jam. Setiap set disediakan screen untuk menikmati hiburan dan siaran langsung perlawanan bola sepak piala dunia 2010 juga disiarkan. keputusan terkin perlawanan bola sepak juga disiarkan untuk makluman penumpang.

Persiapan

Program lawatan sepanjang bercuti telah tamat dengan tempat lawatan terakhir ialah di Stirling. Tugas untuk mengemas dan packing barang bermula. Setelah siap mengemas dan mengisi barang dalam beg, hasilnya: 3 beg besar dengan timbangan: 1= 30 kg, 1 = 21 kg dan 1 beg = 20 kg 2 beg untuk HL : masing-masing dengan timbangan 10 kg, terdapat lebihan timbangan, masalah akan berlaku jika semua beg ditimbang semasa urusan pendaftaran masuk di Airpot nanti

Stirling

Perjalanan makin hampir ke penghujungnya, Rondaan yang terakhir ialah di sekitar bandar stirling. disamping melihat suasana bandar stirling bagi kali kedua setelah kunjungan pertama pada tahun 2008. Sempat lagi membeli belah kerana kedai masih dibuka kerana hari khamis kedai ditutup agak lewat berbanding dengan hari lain yang kedai akan ditutup jam 5 petang.

Last Day

Persiapan untuk bertolak balik dah bermula kerana hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum menjelangnya hari berangkat balik ke Malaysia. Barang-barang belum lagi dimasuk dalam beg. Barang2 dijangka melebihi dariapda had yang dibenarkan dibawa dalam penerbangan samaada ia itu 7 kg sebagai HL X 2 orang dan 30 kg sebagai Kargo X 2 orang.

Edinburgh

Program terakhir sebelum berakhir percutian panjang. Walaupun lawatan ke Edinburgh tidak termasuk dalam program lawatan tetapi kerana terdapat sehari lagi masa yang terluang, perjalanan ke edinburgh bermula jam 10.00 pg dengan menaiki teksi dari ruamah ke stesen keretapi stirling. dengan tambang

Ronda2 York,

hari ni ronda aje

Lawatan ke York, England

Bertolak dari bandar stirling dengan menaiki keretapi ke Bandar York Stesen keretapi stirling Sepanjang perjalanan dari stirling Sampai di stesen keretapi York Menunggu Bas untuk mencari hotel penginapan, Bas panjang merupakan pengankutan utama di York Sungai di Bandar York yang berseh dan menjadi produk pelancongan utama. Shopping di Outlet dipinggir bandar York Pemandangan dari Bilik penginapan jam 8.00 malam.

Program Terakhir Sebelum Balik

Lawatan Ke York, England adalah lawatan terakhir sepanjang program Holiday yang dirancang. Perjalanan ini menggunakan keretapi dari stirling ke York. Masa perjalanan dijangka mengambil masa 3 jam yang melalui kawasan pertanian dan ladang ternakan biri-biri, lembu dan kuda.

Stirling

Setelah dua hari meninggalkan stirling untuk melawat Belfast, Northern Ireland. Hari ini Stirling telah dilimpahi Hujan menjadikan cuaca cukup sejuk.

Bergerak ke Bus Station

Setelah 2 malam berada di Belfast. Pukul 7.20 pagi keluar dari bilik penginapan untuk menuju kestesen bas untuk bertolak ke Airport Belfast untuk balik ke Glasgow kerana flight dari Belfast pukul 11.30 pagi. Kerana cuaca yang sejuk dan jarak antara hotel penginapan dengan Bus Station tidak begitu jauh. Maka hanya dengan berjalan kaki dengan mengambil masa 15 minit telah sampai ke Bus Station City Centre.

Perjalanan Di Teruskan

Program untuk tour ke belfast akan bermula jam 9.30 pagi, untuk brekfast ramai sangat mek salleh yang sedang makan penuh dewan. Terpaksalah makan makanan yang dibawa dari Glasgow.

Ronda2 Belfast

Setelah berihat sebentar di Bilik Penginapan. Program ronda2 Belfast bermula. Dengan berjalan kaki untuk melihat suasana bandar Belfast sekali lagi berjumpa dengan encik Nordin yang juga telah berjalan kaki untuk melihat suasana dan keindahan serta kesibukan warga belfast